Banyak Lipas Dalam Kereta, Ini 5 Petua Menghalau Lipas Secara Semulajadi.


LIPAS (Cockroach) merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea yang sering dijumpai dimana-mana lokasi terutama didalam rumah dan juga didalam kereta anda semua. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah bahagian didalam kereta anda dan kadang-kadang didalam lubang sistem pendingin udara.

5 petua menghalau lipas secara semulajadi yang selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.

1. SELALU VAKUM BAWAH KARPET

Selalu bersihkan kereta anda dengan Vacuum karpet dalam kereta. Cara ini boleh dilakukan sendiri pemilik kereta atau yang ada duit boleh hantar kekedai cucu kereta.

Perkara ini boleh dilakukan dengan gunakan alat vacuum rumah atau vacuum kereta gunakan bateri kereta. Kalau lantai kereta kotor dengan makanan dan reja-reja bahan organik tidak mustahil lipas dan semut akan suka berada dalam kereta dan membiak.

Sebaiknya keluarkan semua alas kaki getah atau alas lain dibahagian lantai dan vacumm dengan alat yang kuat sedut sehingga bersih. Kalau boleh bahagian bonet kereta dimana anda mungkin membawa barang-barang yang disukai lipas dan semut perlu dibersihkan.

Kalau kereta bersih dari kekotoran makanan maka lipas akan tinggalkan kereta anda!. Sebaiknya cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan pun sebaiknya dengan cepat-cepat bersihkan dan jangan anda tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat.

2. LETAK DAUN PANDAN

Daun Pandan (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang mudah kita dapati sama ada ditanam disekeliling rumah, dibeli daripada pasar atau hypermarket atau anda jumpa ditepi kebun yang hidup liar. Ia dikenalpasti sebagai salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk hasilkan bau pandan dalam kereta dan menghalau kehadiran lipas.

Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas serta serangga lain yang mungkin ingin berkongsi kereta anda. Caranya mudah iaitu dengan mengambil daun pandan dan cuci terlebih dahulu dari kekotoran yang melekat dan kemudian dihiris daun ini untuk mengeluarkan baunya.
Digalakkan agar anda mengisikan dalam beg kain yang berjaring halus. Kemudian diletakkan dalam kereta atai ikatkan atau gantung dilokasi sesuai dan tetapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya.

Apabila kering tukar dengan daun pandan yang baru. Kepada mereka yang malas cuma ambil seikat daun pandan dan letakkan dalam bonet kereta dan biarkan baunya merebak dalam kereta anda.

3. DAUN DURIAN BELANDA

Daun durian belanda (Annona muricata) juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan cara menggunakan daun pandan di atas.

Dari beberapa tinjauan penulis blog ramai mendakwa daun durian belanda ini lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering (Sila lihat foto disebelah).

Daun durian belanda juga kini dijadikan sebagai 'minuman teh daun durian belanda' yang mampu untuk menghalang serangan kanser. Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda dan kemudian meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.

4. MENYEMBUR SERAI WANGI

Semburan pati serai wangi (Cymbopogon citratus) juga merupakan salah satu cara menghalau lipas dalam kereta. Kaedah ini adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.

Selalunya pati atau ekstrak serai wangi ini boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur.

Semburkan di seluruh kereta terutamanya pada bahagian karpet. Ada juga produk pati serai yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.

5. BUBUH BAKING SODA

Penulis blog dapat info dimana salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.

Caranya dengan menabur selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.