Bataskan Diri Dalam Bercinta, Supaya Tidak Terjebak Dengan Hubungan Yang Rugi

bataskan diri dalam bercinta

Semua orang pasti akan melalui fasa hubungan percintaan dan siapa pun pasti inginkan pengakhiran hingga ke jinjang pelamin. 

Sebelum berkahwin ada yang akan berkata ingin bersama selamanya, kononnya berjanji untuk berkahwin namun tidak juga datang berjumpa wali berkenalan dengan orang tua. 

Berhati-hati selalu dalam hubungan percintaan, ada hubungan hanya penuh dengan janji manis dan dusta sahaja.

Tegaslah Pada Diri, Jangan Mudah Percaya Janji-janji Manis

Ingat, bertindak tegas dengan diri untuk elak dari tergoda dengan janji-janji manis. Jangan terlalu mudah percaya dengan kata-kata tanpa tindakan supaya anda tidak kecewa suatu hari nanti.

Berpendirianlah, Jangan Terlena Dengan Perhatian Si Dia

Diri anda, andalah yang jaga sendiri. Jangan terus letakkan kepercayaan pada orang yang masih tidak bertindak serius untuk bersama anda. 

Jaga Fikiran, Supaya Anda Tidak Terlalu Berharap Dengan Bayangan Palsu

Sentiasa peka dengan keadaan diri, jangan biar diri terlalu berharap dengan bayangan indah. 

Letakkan Prinsip Yang Jelas Dalam Hidup, Supaya Tidak Mudah Lemah Dengan Bayangan Indah

Carilah prinsip hidup untuk menjaga hati, supaya anda tidak mudah lemah dengan kata-kata manis dia ingin bersama anda setiap saat. Selagi belum diijab kabul, jangan terus beri kepercayaan dengan mudah. 

Cinta Yang Sebenar Adalah Apabila Dia Berani Menjagamu Dalam Ikatan Yang Sah

Itulah tindakan yang sebetulnya untuk membuktikan cinta yang sejati, bukannya dengan kata-kata semata.