Benarkah Pengambilan Air Ais Menjadi Penyebab Badan Gemuk Dan Berisi?


Biasa anda dengar orang kata bahaya lah minum air ais atau sejuk?. Sebenarnya ramai orang yang keliru tentang keburukan kalau minum air ais akan menjejaskan kesihatan. Betul ke fakta ini? atau hanya sekadar khabar angin?

Tetapi semua dakwaan tersebut salah dan mengelirukan masyarakat di Malaysia. Seperti kata seorang doktor ini, minuman berais tidak menjejaskan kesihatan tetapi kandungan gula dan kolestrol yang menyebabkan masalah kepada kesihatan.

Ais tidak menyebabkan gemuk atau jantung tersumbat. Jika ais dikatakan menyebabkan lemak bergumpal, maka sepatutnya lemak tidak diserap diusus kecil dan terus dikumuhkan selepas makan. Hakikatnya gula dalam air ais yang menyebabkan gemuk yang berlebihan, bukan suhu sejuk itu.

Manakala pembentukan plak menyebabkan salur darah menyempit. Jika saluran darah ke jantung menyempit, ia menyebabkan penyakit jantung koronari.

Anda perlu tahu, untuk lemak sampai ke salur darah, lemak perlu diserap terlebih dahulu di usus kecil. Lemak yang dimakan akan dicerna oleh enzim lipase dan menukarkannya ke asid lemak sebelum diserap oleh usus kecil.

Jika lemak mengumpal selepas makan makanan berlemak bersama ais di salur pencernaan, lemak ini tidak akan berjaya diserap di usus kecil kerana saiznya yang besar. Hanya molekul dengan bentuk dan saiz tertentu sahaja boleh diserap oleh usus kecil.

Jika benar dakwaan ais menyebabkan makanan berlemak menggumpal, kita sepatutnya makin kurus, bukan makin gemuk. Ini kerana lemak bergumpal tidak akan berjaya melepasi usus kecil sebaliknya akan dikumuhkan melalui tinja.

Hakikatnya,ais yang bersuhu sejuk akan berubah mengikut suhu badan. Ini kerana badan kita mempunyai sistem thermoregulation yang mengawal suhu makanan dan minuman luar ke suhu badan. Sistem thermoregulation ini seperti termostat,yang akan mengawal suhu ke julat suhu yg ditetapkan.

Oleh itu, anda tidak perlu gusar dan takut untuk minum minuman sejuk atau ais lagi, kenyataan tersebut hanyalah mitos semata-mata, apa yang penting untuk menjaga kesihatan adalah dengan cara pengawalan makanan yang sihat dan rendah kalori disamping pengamalan bersukan dan cara hidup yang sihat.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.