Berhati-hati Dengan Perkongsian Peribadi Di Laman Sosial. Kesan Yang Perlu Anda Tahu.


Satu kajian ilmiah yang diterbitkan dalam satu jurnal tersohor iaitu " Computer in human behavior" mendapati manusia yang melayari laman sosial adalah untuk mencari "positive vibes" dengan membaca perkongsian positif yang dimuatnaik oleh rakan-rakan di laman sosial untuk dijadikan sebagai bahan motivasi. "Positive vibes" amat penting untuk kita mencari kebahagiaan dikala kepala kita serabut dengan urusan pekerjaan dan masalah harian. Apabila fikiran kita sedang stress, kita memerlukan medium yang mudah dan cepat untuk meredakannya, iaitu dengan melayari laman sosial.

Namun, tanpa kita sedari laman sosial juga terdedah dan boleh memberi pengaruh yang kurang sihat "negative vibes" kepada pengguna dan akan membuatkan tahap stress seseorang itu boleh bertambah dan meningkat. Hal ini menunjukkan pendedahan media sosial akan memberi kesan terhadap emosi kita.

Kesan tersebut terbahagi kepada 3 situasi

Tumpang kegembiraan yang dikongsi oleh rakan-rakan.

Seperti yang kita ketahui bahawa laman sosial adalah satu platform untuk kita berkongsi tentang hal seharian, informasi ataupun moment yang indah dalam kehidupan. Jarang sekali ada manusia yang menjadikan platform ini untuk berkongsi tentang kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. Oleh itu bagi kelompok pertama ini mereka tidak membandingkan kebahagian rakan-rakan di laman sosial dengan dirinya. Posting-posting dari rakan tidak memberi kesan yang buruk kerana tidak wujud rasa cemburu. Tetapi mereka tumpang gembira di atas kejayaan yang rakan mereka kecapi. Mungkin kerana hidup mereka kurang bermasalah dan tidak tertekan.

Menjadikan kejayaan rakan sebagai penguat semangat

Bagi kelompok kedua ini mereka merasa cemburu terhadap kejayaan rakan, tetapi mereka menjadikan perasaaan cemburu itu sebagai sesuatu yang sihat. Iaitu dengan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mereka sama-sama berjaya mengejar cita-cita seperti rakan mereka yang telah menunjukkan dan mempamerkan hasil kejayaan di media sosial. Golongan seperti ini sentiasa menerapkan "positive vibes" dalam diri untuk memandang setiap perkara yang berlaku itu dari sudut kebaikan. Sikap sebegini sangat penting untuk anda perbaiki segala kelemahan dan menjadikan anda seorang yang cemerlang.

Sakit hati dengan kejayaan yang rakan pamerkan di media sosial

Rasa sakit hati dan cemburu ini wujud kerana hasad dengki melihat rakan-rakan yang berkongsi kebahagiaan dan kejayaan mereka di media sosial. Mungkin sahaja kelompok ketiga ini merasa diri mereka bernasib malang atau kurang bernasib baik kerana belum lagi menerima atau meraih kejayaan. Bagi mereka, rakan-rakannya tidak layak mendapat kejayaan dan akhirnya memberi kesan yang buruk pada diri mereka sendiri. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi depresi hidup dan mugkin saja tepiasnya terkena pada individu yang dicemburui. Hasil kajian menunjukkan tahap depresi manusia pada tahun 2020 berada di kemuncak dan ada hubungkaitnya dengan faktor media sosial.

Oleh itu, mungkin sukar untuk kita mengenalpasti apa yang tersirat dihati manusia. Berhati-hati dalam berkongsi pandangan dan segala kebahagiaan hidup atau hal rumah tangga dalam laman sosial, takut-takut tindakan kita tersebut menjadi asbab membuatkan orang lain merasa cemburu dan memberi kesan buruk pada diri mereka atau kita kelak.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.