Berjalan Sambil Pegang Tangan Dengan Pasangan, Anda Cara Yang Mana Satu Dan Apa Maknanya?.


Adakah secara interlocking dengan penuh erat atau sekadar hujung di kelingking sahaja? Nak tahu cara pasangan menggenggam erat tangan mempunyai makna yang begitu mendalam, malah dalam perhubungan kamu.

Ini antaranya:

Cara 1


Cara memegang erat tangan seperti ini menunjukkan yang dia jenis romantis. Mungkin agak old-fashioned tapi dia sememangnya sweet.

Cara 2


Si dia seorang yang suka bergurau senda dan sangat menyenangkan. Malangnya dia tak berapa matang, jadi anda lah yang kena selalu pantau gerak-gerinya.

Cara 3


Cengkaman interlocking ini menjadi simbol semangat dan hubungan yang kuat antara anda berdua. Sekiranya anda berdua berpegangan begitu, itu tandanya anda mempunyai hubungan yang kuat dan kukuh, anda rasa selesa dan selamat.

Namun, ini bukan petanda baik jika salah satu daripadanya memegang secara santai.

Cara 4


Cara ini biasanya jarang dilakukan oleh pasangan dan hanya pada masa-masa tertentu sahaja. Tetapi jika dilakukan setiap hari, ini mungkin bermakna pasangan anda memerlukan perlindungan, dan dengan cara ini membuatkan pasangan rasa lebih dekat lagi.

Cara 5


Anda menggenggam dan memaut erat menunjukkan kamu serius dalam hubungan. Tapi cara ini juga bukan tanda yang positif, anda seperti ingin memastikan semua orang tahu bahawa kamu sedang menjalin hubungan yang serius dan dia adalah milik anda, mungkin ada sedikit rasa insecure.

Cara 6


Kalau kedua-dua enggan berpegangan tangan, boleh jadi pasangan tidak saling menginginkan. Namun, ini juga dapat menunjukkan bahawa dia pemalu atau ingin menjaga hubungan. Afterall, jangan fikirkan yang bukan-bukan. tanyalah dia kenapa dia berbuat begitu.

Anda suka cara yang mana?