Bermain Gitar Juga Mempunyai Kebaikan Dari Segi Kesihatan, Ini Kebaikannya.


Rata- rata wanita berpendapat lelaki yang pandai bermain gitar kelihatan sanat romantik dan mampu mencairkan hati mereka.

Tetapi tahukah anda bermain gitar juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

1. Menghilangkan Stress

Kerja-kerja seharian memang memenatkan. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku masalah . Stress sangat popular dikalangan masyarakat hari ini. Hidup 24 jam seperti perlumbaan. Sentiasa merebut peluang.

Kajian dari Linda University School of Medicine menunjukkan stress dapat dikurangkan melalui bermain alat muzik. Bermain alat muzik mampu menterbalikkan sistem tekanan atau stress dalam diri untuk menjadi lebih baik atau kurang stress.

2. Menajamkan Minda

Menajamkan minda?? Kajian dari Scottish mengatakan sekiranya anda bermain gitar, atau apa-apa alat muzik yang lain, minda anda akan menjadi lebih tajam dan kuat. Ia boleh menjadi pelindung dari penurunan prestasi otak di hari tua kelak!!!


3. Menguatkan Pergelangan Tangan

Hasil dari latihan strumming dan latihan atau bermain gitar setiap hari akan membuatkan pergelangan anda menjadi lebih kuat dan fleksibel.
Ia adalah proses yang berterusan membina muscles dan menegangkan tendon!! Kekuatan ini juga bersambung hingga ke bahu!!!

4. Tekanan Darah

Perkara ini mungkin sudah ramai yang tahu. Mendengar muzik seperti power ballad atau lagu sedih, boleh merendahkan tekanan darah. Tetapi ramai yang tidak tahu, bermain gitar juga mempunyai kesan yang sama. Bermain gitar boleh mngurangkan anxiety dan mengurangkan tekanan darah.