Cara Elakkan Pembaziran Dalam Menguruskan Bajet Majlis Kahwin Anda.


Sejak lepas musim PKP ni kita dengar ramai yang pilih untuk langsung hidup berkahwin. Mungkin kerana dah sampai seru atau dapat berjimat kerana tidak perlu membuat majlis kahwin serentak dengan hari akad nikah. Adakah anda juga sedang merancang untuk berkahwin pada tahun ini?

Selepas bertunang, bakal pengantin akan sibuk dengan perancangan perkahwinan mereka. Antara cabaran yang utama pastilah tentang bajet perbelanjaan majlis. Pada hari ini, sepasang pengantin perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM25,000 dalam tangan jika nak kahwin.

Sebab majlis perkahwinan adalah hari yang paling istimewa sekali seumur hidup dalam kehidupan kita,  Semua orang ingin mengadakan perkahwinan yang meriah dan sempurna. Jadi jika anda tidak mempunyai pendapatan yang banyak, Maka anda kena merancang perbelanjaan dengan mengeluarkan satu pelan bajet untuk rujukan supaya tidak berlaku pembaziran.

Di sini kami ingin berkongsi dengan anda tentang kos-kos yang perlu anda peka dalam menguruskan bajet majlis perkahwinan.

Mas kahwin

Mas kahwin merupakan tanda kasih sayang dan juga pemberian wajib dari suami kepada isteri. Wang pemberian adalah berbeza mengikut negeri masing-masing di Malaysia. Jadi soal ini agak sukar untuk anda letakkan bajet atau tentukan sendiri berapa jumlah yang harus dibelanjakan. 

Pakaian pengantin

Jika anda tidak ingin berbelanja lebih, bolehlah menyewa baju pengantin dari mana-mana butik perkahwinan. Terdapat banyak pilihan dan corak baju pengantin sekarang dengan harga sewa yang rendah dan murah. Pastikan mencari pakaian mengikut bajet yang anda sediakan. Seelok-eloknya pilih pakaiaan yang sopan dan menutupi aurat.


Perbelanjaan pengantin

Kebiasaannya dari kos perbelanjaan pengantin ini yang ramai over spend. Antara kos yang perlu diambil kira adalah termasuk kos sewa dewan, khemah dan PA sound system, kos baju pengantin, kos mekap, kos photographer dan video serta sebagainya. Anda boleh kurangkan mana-mana kos perbelanjaan pengantin yang dianggap extra.

Gubahan hantaran

Gubahan hantaran yang disediakan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan juga satu pembelanjaan yang boleh menjadi amat tinggi jika tidak merancang bajet dengan betul. Antara yang pihak lelaki kena tahu termasuk jumlah wang hantaran yang ingin diberi, harga untuk sebentuk cincin nikah, harga untuk set dulang hantaran dan sebagainya.

Dewan Majlis

Harga boleh berbeza bergantung kepada keluasan dan fasiliti yang ditawarkan oleh pemilik dewan tersebut. Elakkan sewa dewan pada musim perayaan mahupun cuti persekolahan, kerana kebiasaannya sewa akan melonjak mahal kerana permintaan yang tinggi. Berbeza sekali jika anda menempah pakaian baharu, ianya pasti membuatkan anda terpaksa mengeluarkan kos yang besar. Melainkan jika anda sememangnya sudah memperuntukkan bajet besar khas untuk pakaian persandingan.

Mekap

Pengantin boleh mekap sendiri atau boleh minta kawan-kawan yang pandai mekap untuk membantu. Maka anda tidak perlu habiskan wang yang banyak bagi mekap di butik andaman yang mungkin akan caj anda dengan kadar yang tinggi kerana kebiasaannya mereka mempunyai jurumekap profesional. Seeloknya, tempahlah juru andam profesional untuk kelihatan cantik dan sempurna di hari bahagia. Apa salahnya, sekali seumur hidup kan. Tapi kalau nak jimat bajet anda boleh mekap sendiri.

Perbelanjaan jemputan

Anda perlulah menentukan bilangan jemputan yang akan menghadiri majlis perkahwinan anda. Dengan itu anda dapat merancang bajet kos katering dan juga bilangan goodies atau door gift yang perlu disediakan. Selain itu, anda juga tidak perlulah meletakkan bajet yang tinggi untuk kad jemputan. Cukuplah sekadar kad jemputan anda mempunyai maklumat lengkap beserta peta perjalanan bagi memudahkan tetamu menuju ke lokasi majlis.

Kos sampingan

Selain daripada kos yang disebutkan di atas, kos-kos berikutnya adalah sampingan yang anda boleh list-kan didalam bajet anda jika wang anda masih cukup untuk lebihan perbelanjaan.

Kos sampingan termasuk pelamin & hiasan, silat/tarian, kompang, hiburan, pengacara atau photo booth.

Kos goodies
Cenderahati ataupun door gift adalah penting bagi memastikan tetamu yang datang merasa dihargai dan seronok menghadiri majlis anda nanti. Apapun, tetapkanlah goodies yang berbaloi untuk ditempah dan berpadanan dengan bajet anda. Biasa nak berjimat orang berikan kuih bahulu atau gula-gula dan makanan ringan.

Hadiah kahwin

Dengan goodies, berapa bajet kena disediakan merupakan keputusan peribadi. Anda boleh memberikan para tetamu apa sahaja yang anda pilih termasuk kotak gula-gula, lilin, kipas tangan, sapu tangan, naskah yassin dan sebagainya.

Oleh itu, uruslah kos perbelanjaan majlis anda dengan berhemah, beringat bahawa anda perlukan bajet lebih selepas majlis juga seperti kos perbelanjaan untuk berbulan madu dan rumah untuk tinggal bersama pasangan anda. Berjimat dalam berbelanja dan raikan hari istimewa anda dengan beserdehana. Elakkan berhutang untuk merasa majlis yang megah dan mewah.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.