Cara Melembutkan Hati Suami Yang Sedang Marah

cara lembutkan hati suami, cara lembutkan hati lelaki

Marah itu suatu sifat yang mesti akan ada pada setiap manusia. Namun ketika pasangan anda dalam keadaan marah, anda harust tahu bagaimana caranya untuk mengubah situasi dan mengubah mood marah tersebut. 

Berikut antara perkara yang boleh anda lakukan ketika pasangan anda sedang marah.

Tenang Dan Jangan Balas Dengan Kemarahan
Ketika pasangan sedang dalam mood marah, jangan balas mengikut marahnya. Lebih baik tenangkan diri sendiri supaya emosi marahnya menjadi pudar dengan sendiri. 

Beri Waktu Menyendiri
Bila dia masih belum boleh diajak berbincang perihal kemarahannya itu, berilah waktu untuk dia bersendirian. Jangan terlalu banyak bercakap dan beri banyak pertanyaan kerana ia akan membuat semakin tertekan. 

Pasang Telinga Dengar Luahan
Jangan terlalu membela diri sendiri dan meletakkan semua salah ke atas dirinya. Sebaliknya ketika dia sedang kecewa, dengarkan saja luahan sampai dia merasa lega. 

Berlembut
Ketika dia marah dengan nada yang tinggi sekali pun, jaga emosi supaya tidak terbalas dengan nada yang tinggi juga. Bercakaplah dengan yang lembut dan biasa sahaja.

Berbincang, Tanya Apa Yang Dimarahkannya
Setiap kemarahan itu pasti ada puncanya. Jangan terlalu letak kesimpulan sendiri tentang apa punca sebenar yang buatkan dia marah. Sebaliknya tanya apa punca atau pandangan dari pihaknya. Namun ketika cuba untuk berbincang atau bertanya hati-hati supaya tidak memotong ketika dia sedang bercakap. 

Berikan Pelukan Agar Dia Tenang
Sentuhan mampu meredakan kemarahan, ketika pasangan anda sudah puas menceritakan segala hal tentang apa yang dimarahnya berikanlah pelukan supaya dia dapat bertenang. 

Pelukan bukan sekadar dapat meredakan marah, ia juga menunjukkan bahawa anda ambil kisah tentang dirinya. 

Minta Maaf
Jika perkara yang dia marahkan adalah kerana anda, maka minta maaflah dengan segera. Rendahkan saja ego demi kebaikan bersama.