Cara Mendapatkan Kebahagiaan Hidup Dengan Kaedah Yang Betul.


Kebahagiaan didalam kehidupan amatlah penting kerana ia mempengaruhi cara berfikir, tindak tanduk dan membuat keputusan yang betul. Manusia yang selalu merasa bahagia didalam kehidupannya seringkali berfikir dalam keadaan positif dan mempunyai daya fikir yang jauh dan berwawasan. 

Kebahagiaan bukan sahaja mampu memberi impak positif kepada seseorang dari segi membuat keputusan malah orang yang meletakkan kebahagiaan sebagai keutamaan dalam kehidupannya akan menemui 

Mencari jalan penyelesaian yang mudah.
Kebanyakkan manusia tidak mengganggap kebahagiaan itu penting seperti mana faktor-faktor lain didalam kehidupan seperti kewangan, kerjaya, pasangan hidup dan lain-lain.

Kepada orang yang menyedari betapa pentingnya kebahagiaan didalam kehidupan belum tentu mengetahui kaedah yang betul untuk mendapatkan kebahagiaan didalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa tahap untuk mendapatkan kebahagiaan bergantung pada situasi yang berbeza kerana setiap orang melalui kehidupan dengan jalan yang berbeza.

Bilik tidur sentiasa kemas dan cantik
Walaupun bilik tidur hanya digunakan untuk aktiviti tidur dimana masa yang digunakan hanya sekitar 6 hingga 8 jam sehari akan tetapi suasana bilik tidur ini mampu mempengaruhi dan memberi kesan yang sangat besar kepada kita. Bilik tidur yang wangi, kemas dan bersih memberi kita ‘mood’ yang tenang dan selesa sejurus mengurangkan masalah dan tekanan kerja yang kita lalui sepanjang hari itu. 

Bayangkan sekiranya setelah seharian kita menempuhi pelbagai masalah dari pagi ke petang, setelah sampai sahaja dirumah kita terus dapat menikmati keselesaan yang segera. Pastikan bilik tidur dihiasi 
dengan citarasa yang sesuai dengan kehendak setiap individu.

Mempunyai hobi yang unik
Kebanyakkan dari kita telah lama meniaggalkan hobi yang dahulunya kita minat kerana pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Hobi ini perlu kita faham sebab dan tujuan kenapa kita lakukann kerana sekiranya kita tidak faham, hobi yang sepatutnya memberi kesan positif pada diri seseorang itu malah memberi kesan yang negatif pula.

Hobi ini perlu ada semangat , jangan kita cuba kaitkan hobi dengan kerjaya kerana berbeza kedua-duanya. Kerjaya kita pilih untuk menjamin masa hadapan akan tetapi hobi kita lakukan untuk melepaskan tekanan dan sekadar membuang masa tanpa mengeluarkan modal yang besar. Sekiranya hobi itu disalah erti , maka banyak kesan buruk seperti duit banyak dihabiskan pada hobi yang sia-sia dimana tindakan itu membantutkan proses dalam pencarian kebahagiaan dalam kehidupan.

Aktif dalam bersukan 
Kajian saintifik telah menemukan pelbagai bukti yang menyatakan bersukan itu mampu menurunkan kadar stress seseorang sejurus meningkatkan kebahagiaan. Bersukan juga perlu kepada konsistensi kerana agak mustahil untuk melihat kesan yang ketara dalam jadual sekiranya bersukan itu dijadikan seperti hobi.

Sebagaimana kita perlu kepada makanan dan tidur setiap hari, begitulah jua kita perlu kepada sukan. Jika kita jenis susah bersukan carilah rakan atau kenalan yang mampu mengajak kita dan memberi inspirasi supaya kita kekal terus melakukannya dengan konsisten.

Pasangan hidup 
Kebanyakkan manusia inginkan pasangan hidup tetapi seringkali salah dalam memahami kehendak atau tujuan asal kenapa kita perlu memiliki pasangan hidup. Memiliki pasangan yang saling memahami dan berkongsi hobi dapat meningkatkan kebahagiaan dengan kadar yang drastik . Mempunyai pasangan yang sesuai secara tidak langsung menjadikan kita seseorang yang mempunyai wawasan yang jauh kerana perancangan masa hadapan amatlah penting bagi orang yang memiliki pasangan.

Tidak seperti orang yang berpasangan dengan tujuan yang salah , mereka menggunakan perhubungan itu sebagai satu hiburan yang sia-sia tanpa ada tujuan untuk mendapatkan kebahagiaan.

Seharusnya, kita berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan dengan cara yang betul kerana apabila kita menggunakan cara yang salah atau'short-cut' bukan sahaja kebahagiaan itu tidak kekal malah ia membuatkan kita merasa tidak berpuas hati dalam hidup serta merasa kosong dan sunyi.

Kebahagiaan adalah hak asasi semua manusia sama ada yang mencari atau tidak kerana tanpa kebahagiaan tidak berguna segala apa yang kita memiliki. Dari kebahagiaan juga manusia berada pada tahap yang paling sihat dan kadar getaran yang terbaik.

"Everything in life is vibration" adalah mutiara kata dari pakar ahli fizik terkemuka dunia iaitu Albert Einstein.