Cara Untuk Membuatkan Orang Suka Pada Kita. Patutlah Ramai Kawan.


Siapa je yang tak suka kan bila dapat tahu ramai orang minat atai suka pada diri dia Biasa lah manusia mesti akan rasa seronok dan bangga kalau dapat tahu ramai orang suka pada dirinya. Kalau ada di antara korang yang kenal wujudnya orang yang benci bila orang suka pada dia, tentu orang yang suka padanya itu orang yang jahat atau gila.

Kalau orang yang baik-baik, orang yang mulia ataupun orang yang berjaya, yang suka pada kita, tentu kita gembira bukan?

Kenapa penting untuk orang suka pada kita?
Ada terlalu banyak perkata yang boleh membantu kita berjaya. Dan dalam banyak-banyak perkara yang memberikan kesan dalam membina kejayaan, Antara satu perkara penting adalah aktiviti berkawan.

Untuk buat kawan, terlebih dahulu kita mesti mampu membuatkan orang suka pada kita. Oleh itu, asas membina hubungan kawan adalah dengan pastikan terlebih dahulu orang suka pada kita.

Korang tentu pernah alami, di mana orang yang korang kenal dah lama sejak di zaman persekolahan tapi tak dapat merapatkan diri dengannya. Bukan tak mahu, tapi sebenarnya korang rasa tak selesa setiap kali berada dengannya.

Walaupun orang itu korang kenal, tapi disebabkan tak suka, maka ia hanya kekal sebagai kenalan dan bukannya kawan. Kalau nak jadi kawan, kenalah suka terlebih dahulu

Mungkin sebab itu dalam laman sosial ada butang like. Kalau korang tekan like, maka itu tandanya suka. Seterusnya korang boleh jadi kawan.

Cara buat orang suka
Memang ada banyak lagi cara kalau nak buat orang suka pada kita, tapi korang boleh fokus pada dua cara yang akan disebutkan di bawah ini.

Luangkan masa untuk buat orang suka
Ramai orang yang nampaknya sentiasa sibuk. Sebenarnya mereka hanya sibuk dimulut tapi tidak sibuk secara fizikal. Ia hanyalah satu alasan untuk mengelak.

Ada juga orang yang sentiasa rasakan dirinya amat sibuk tapi sebenarnya dia hanya buang masa dan tak tahu apa sebenarnya yang dia lakukan.

Ada petua mengatakan,

“Orang yang banyak buat kerja biasanya sentiasa ada banyak masa”

Memang itu terbukti kebenarannya. Orang yang banyak buat kerja menandakan dia menjalani kehidupan yang bermatlamat. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia tahu mana yang lebih penting di antara banyak perkara yang penting.

Satu lagi alasan sibuk adalah apabila kita rasa urat malas timbul dalam badan. Orang utara kata “Urat Baloq”. Bila urat itu timbul, memang malas nak jumpa orang. Jadi nak mudahkan cerita, kita kata sibuk tak ada masa.

Walau apapun alasan yang korang berikan. Kalau nak buat orang suka pada kita, maka sentiasalah sanggup luangkan masa bertemu dengan orang lain.

Samada penting atau tak, luangkan masa bertemu dengan orang adalah penting dan mempunyai banyak manfaat. Hanya orang yang ada masa sahaja akan disukai oleh orang lain.

Hanya orang yang ada masa sahaja akan ada ramai kenalan dan ramai kawan. Sebab orang suka pada dia, maka orang nak jadi kawan. Bila orang nak jadi kawan, peluang terbuka luas.

Berikan tumpuan untuk buat orang suka
Ini masalah besar orang yang selalu ralit dengan media sosial. Mereka merasa terlalu ramai kawan dalam dunia cyber sampai dunia nyata depan mata pun dah jadi tak penting.

Kebanyakan dari masa, matanya tertumpu hanya pada skrin smartphone sahaja. Muka orang di depannya tidak ditatap. Mata orang di depannya tak direnung.

Lebih menghampakan lagi bila orang di depan sedang berbicara, matanya sibuk memerhatikan skrin. Jari jemarinya pula sibuk menaip mesej.

Itu salah satu daripada contoh tidak adanya tumpuan ketika bertemu dengan orang lain. Ada banyak lagi cara untuk mengesan orang tidak berikan tumpuan pada kawan, tapi itulah yang paling ketara sekarang ini.

Ramai je kawan-kawan kita yang berjaya dalam kehidupan mereka. Dan salah satu ciri-ciri penting yang kita dapat perhatikan pada kawan-kawan yang berjaya hebat ini adalah daya tumpuan mereka terhadap orang lain ketika berbicara atau ketika bertemu.

Mereka nampaknya berjaya menghindari atau hiraukan gangguan ketika berkumpul, melepak atau bertemu.

Mereka juga biasanya nampak tenang dan tak kelihatan tergesa-gesa seperti mahu menamatkan pertemuan secepat mungkin.

Bila ada bersama mereka, kita sentiasa rasa mereka ada banyak masa untuk diri kita. Ada kalanya kita pula yang rasa bersalah dan mahu membebaskan mereka.

Jadi ada dua perkara penting dalam urusan memberikan tumpuan di sini.

Pertamanya adalah buang semua gangguan lain samada iklan atau rancangan tv semacam sedang berbual, samada bunyi vibration telefon atau apa-apa saja. Tumpulah perhatian pada orang yang sedang bercakap dengan korang.

Keduanya adalah duduk tenang dan aman atau ayat sempoi kata chill dan relax. Jangan buat tergopoh atau sibuk semasa berbual. Ketenangan yang kita pamerkan akan membuatkan orang selesa.

Cubalah amalkan apa yang kami kongsikan di atas kalau nak buat orang suka pada kita. Nasihat ini juga boleh digunapakai oleh semua orang.

Oleh itu, berusahalah untuk buat orang suka pada kita, kerana ia amat penting dalam apa saja urusan. Apatah lagi jika korang seorang peniaga. Pembeli hanya akan membeli daripada orang yang mereka suka.