Dah Diet Dah Bersukan Tapi Berat Masih Tak Turun-Turun. Apakah Puncanya?


Seperti yang kita ketahui kalau bersukan sahaja tapi mengamalkan cara berdiet yang salah akan sukar memberi kesan pada penurunan berat badan. Ada yang paksa diri sampai berlapar semata-mata nak turunkan berat badan tapi akhirnya mengalah kerana tidak mampu untuk menahan nafsu makan.

Berdiet bukan soal berapa sikit jumlah makanan yang perlu diambil, tetapi berapakah jumlah kalori yang sepatutnya kita ambil setiap hari. Jadual pemakanan harian mestilah seimbang dengan pengambilan dari sumber yang sihat dan betul.

Di sini kami ingin kongsikan kepada anda cara mendapatkan diet yang sihat dan berkesan.

Makan setiap 3 atau 4 jam
Ini adalah cara terbaik untuk mengawal nafsu makan. Mengapa?, kerana dengan kekerapan anda makan setiap 3-4 jam, anda tidak memberi ruang untuk berasa lapar. Dengan ini anda tidak akan menyentuh makanan yang merapu atau terlajak portion meal.

Karbo kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda. Apa yang anda perlu tahu berkenaan korbohidrat kompleks?. Ia membekalkan sumber tenaga dengan perlahan dan dilepaskan secara konsisten juga perlukan masa lebih lama untuk menukar karbohidrat kompleks ini kepada gula. Tapi makanan kompleks seperti roti gandum mengandungi kalori yang lebih berbanding roti putih. Jadi elakkan dari mengambilnya secara berlebihan.

Pengambilan air sepanjang hari
Air kosong dapat mengurangkan keinginan anda terhadap makanan dan minuman bergula. Malah, air  kosong juga tidak mengandungi gula dan tidak akan membuatkan berat badan anda bertambah. Kerapkan minum air kosong tau.

Jangan makan jajan
Jika anda gemari makanan yang manis seperti coklat atau keropok, elakkan habit untuk pengambilan jenis makanan seperti ini. Memang seronok bila sedang bosan di waktu malam dapat makan jajan sambil layan drama di tv. Perhh rasa heaven kan?, tapi ini lah antara punca yang membuatkan anda sukar untuk menurunkan berat badan. Jangan simpan makanan seperti ini di rumah bagi mengelakkan anda tertewas dengan keinginan apabila stress atau bosan.

Pengambilan buah dan sayur
Berbanding gula biasa, gula dalam buah-buahan dan sayur-sayuran diproses secara berbeza. Serat yang ada pada buah dan sayur juga memperlahankan penyerapan gula dalam badan. Jadikan buah sebagai peganti kepada jajan apabila anda berasa ingin mengunyah atau bosan. Sneaktime la kata orang.

Kenali peranan insulin
Elakkan gula diproses seperti gula-gula, popcorn, keropok dan banyak lagi kerana ia akan meningkatkan kadar kandungan gula dalam darah (termasuk insulin). Ini akan meningkatkan keinginan dan selera makan anda. Ini kerana gula insulin saling berhubung, menyebabkan anda terus makan manis-manisan, keropok, jajan dan lain-lain tanpa berasa kenyang.

Oleh itu, dapatkan cara pemakanan yang sihat tanpa berlapar dengan pengambilan jumlah kalori yang rendah. Dan apa yang penting adalah konsistensi anda dalam penguruskan cara anda berdiet. Apalah guna kalau anda terlalu strict diet tetapi hanya bertahan untuk tempoh yang singkat. Semoga tips ini membantu anda untuk terus semangat berdiet dan kekalkan cara hidup yang shat.