Dalam Pelajaran, Amat Perlu Untuk Kita Fikirkan Cara Untuk Belajar Dengan Betul.


Dalam pelajaran, amat perlu untuk kita fikirkan bagaimana caranya untuk belajar dengan betul. Perasaan malas, penat, mengantuk dan sebagainya perlulah dielakkan supaya apa yang kita belajar itu mudah untuk difahami.

Jadi bagaimana caranya untuk bersedia belajar dengan keadaan yang selesa dan menyenangkan anda? Di sini, kami di infopelajar2u akan kongsikan kepada anda yang mengalami perkara sebegini untuk lebih bersedia apabila belajar.

Persediaan-persediaan Sebelum Belajar

1. Pilih Tempat Belajar Yang Sesuai

Tempat belajar sangat memainkan peranan penting untuk anda memulakan sesi pembelajaran mahupun ulangkaji. Tempat yang sunyi dan tenang juga terhindar daripada sebarang gangguan pastinya memudahkan anda untuk belajar.

Jika anda berada berada di universiti ataupun kolej, pastinya perpustakaan tempat yang paling sesuai. Di bilik asrama juga boleh, tetapi dikhuatiri anda.

2. Pemilihan Muzik

Sesetengah pelajar memerlukan muzik ketika belajar. Mereka merasakan lebih nyaman dan tidak terlalu tertekan.

Kepada yang lebih menggemari gaya belajar sambil mendengar muzik, disarankan untuk mendengar muzik yang lebih santai agar sesi pembelajaran dapat dihadam dengan baik.

3. Pastikan Kesegaran Badan

Sebaiknya, pastikan badan anda berada dalam keadaan yang segar. Seeloknya, mandi dan basahkan rambut. Ini kerana, badan yang cergas dan segar, akan membuatkan anda lebih bertenaga untuk belajar.

Disarankan, untuk anda melakukan riadah dan regangan sebelum belajar bagi mengelakkan anda lemah dan tidak bermaya.

4. Makan

Sediakan makanan seperti kekacang dan kismis. Anda boleh mengambil kekacang seperti pistachio yang dapat dapat merangsang minda anda. Pengambilan kekacang dan kismis ini adalah sebagai kudap kudapan yang baik diambil ketika anda sedang belajar.

Jangan pula anda mengambil makanan berat seperti nasi ketika belajar. Ia boleh menyebabkan anda mengantuk.

5. Mengatur Masa

Pilih waktu yang sesuai untuk minda dan badan anda belajar serta dapat menerima ilmu yang anda belajar. Waktu yang sebaiknya adalah pada waktu pagi sebelum atau selepas subuh dan juga waktu malam selepas isyak.

Pada waktu begini, otak berada dalam keadaan aktif dan segar untuk memproses sebarang maklumat. Sebaiknya untuk anda bijak mengatur masa anda agar pada waktu-waktu yang bersesuaian untuk belajar tidak terganggu.