Elakkan Penyakit Dementia dan Alzheimer. Ikuti 7 Cara Berkesan Meningkatkan Daya Ingatan Anda Agar Tidak Mudah Lupa


Otak adalah organ penting yang mesti dijaga. Selain berfungsi mengatur aktiviti yang akan disebarkan ke saraf sehingga tubuh bergerak, otak juga memudahkan kita untuk mengingat dan mengatur kehidupan. Malangnya, prestasi otak dapat menurun seiring bertambahnya usia. So, bagaimana nak meningkatkan ingatan secara berkesan? Untuk meningkatkan ingatan yang kuat, anda mesti mengetahui punca masalah dan penyebabnya. Berikut adalah penyebab kita lupa ingatan:
  1. Tidak Cukup Tidur Pada Malam Hari
  2. Kerap Makan Ubat atau Pil Penenang, Pil Tekanan Darah
  3. Stress Berpanjangan
  4. Cepat Terasa Panik
  5. Terlalu Banyak Minum Minuman Beralkohol

Dengan mengetahui penyebab masalah, ikuti pula cara ini untuk meningkatkan daya ingatan anda.

Tidur yang Mencukupi

Semasa tidur, otak berehat sambil menyusun kembali apa yang anda lakukan hari ini. Tidur yang cukup dapat menjadikan otak lebih fokus dan meningkatkan daya ingatan. Bukan hanya itu, tidur yang cukup juga dapat membuat anda cergas dan kelihatan segar.

Kehidupan yang Teratur

Mengatur aktiviti bermula dari anda bangun tidur sehinggah tidur kembali juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan ingatan. Kehidupan yang teratur dapat melatih otak untuk mengingati jadual dan konsep yang telah dibuat.

Ingatan Secara Visual

Sekiranya anda masih sukar untuk mengingati nama seseorang, anda boleh mengingatinya dengan melihat ciri-ciri orang tersebut. Contohnya, lihat pada ketinggian, warna kulit, rambut, mata dan sebagainya. Dengan itu, kita akan mudah untuk mengingati nama seseorang.

Asah Otak Dengan Bermain Game

Ramai ibu bapa risau apabila melihat anak-anak mereka bermain game. Sebenarnya, jika diarahkan dan tidak berlebihan boleh memberi kesan yang baik untuk otak. Permainan yang dapat menajamkan otak seperti game puzzle, teka-teki silang kata, catur, teka gambar, dan permainan strategi lain dapat meningkatkan daya ingatan.

Bersenam

Selain menjadikan tubuh lebih sihat dan cantik, senaman juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan daya ingatan. Senaman dapat membuat peredaran darah lancar, meningkatkan aliran darah ke otak, melegakan keradangan badan, dan membantu pertumbuhan sel-sel saraf baru.

Pemakanan yang Betul

Pengambilan nutrien yang betul juga dapat meningkatkan ingatan, seperti makan sayur-sayuran hijau, ikan laut, teh hijau, dan makanan lain yang mengandungi nutrien untuk otak.

Melakukan Aktiviti Secara Bebas

Melakukan semua aktiviti secara bebas menjadikan otak mempraktikkan kemampuan mengingat. Oleh itu, otak akan dilatih dan kemampuan mengingat akan meningkat.