Fenomena Brain Freeze Yang Membuatkan Otak Rasa Kejang.


Memang nikmat la bila dapat makan aiskrim pada hari yang panas. Tapi pernah tak tiba-tiba korang rasa macam ngilu dan sejuk sangat dekat bahagian kepala tu? Sakitnya rasa macam kejang otak sekejap. Haa fenomena inilah yang kita sebut sebagai ‘brain freeze’. Pernah tak korang terfikir apakah brain freeze ni sebenarnya dan betul ke otak kita betul-betul mengalami kekejangan?

Secara saintifiknya, ‘brain freeze’ dikenali dengan istilah Sphenopalatine Ganglioneuralgia (SPG) atau trigeminal headache. Rasa sakit ini seolah menyucuk-nyucuk atau ngilu namun kebiasaannya berlaku dengan cepat, iaitu dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Menurut kajian, punca brain freeze boleh berlaku adalah disebabkan oleh penyejukan kapilari sinus oleh bahan-bahan sejuk, menyebabkan pengecutan salur darah dan juga pengembangan semula salur darah oleh stimuli panas seperti udara.

Antara kelompok yang mudah terkena "brain freeze" adalah dikalangan kanak-kanak oleh kerana ruang lelangit dan rongga tekak mereka yang kecik memudahkan deria receptor penyejuk menjadi aktif dengan lebih cepat. Orang dewasa pula mempunyai lebih kestabilan terhadap stimuli sejuk seiring dengan usia. Kanak-kanak kurang peka dan terbiasa makan makanan sejuk dengan lebih laju berbanding orang dewasa (salah satunya kerana mereka tidak mengetahui risiko brain freeze).

Fenomena "brain freeze" sering dikaitkan dengan mereka yang kerap mengalami sakit kepala atau "migrain". Ia juga berkaitan dengan faktor keturunan. Mungkin sama ada ibu atau bapanya yang cenderung mengalami "brain freeze" boleh memberikan kesan yang sama terhadap anak-anak.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan kaum perempuan lebih mudah mengalami brain freeze berbanding kaum lelaki. Hasil pemerhatian ini adalah konsisten dengan kenyataan di mana didapati lebih ramai di kalangan wanita yang mudah mengalami sakit kepala berbanding lelaki.

Mungkin korang tertanya-tanya adakah "brain freeze" ini membahayakan kesihatan?

Korang tak perlu risau sebab apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Perubahan suhu yang berlaku adalah sangat cepat, ringan, dan tidaklah ‘menyejukkan’ otak sehingga tahap beku. Pakar bedah biasanya akan menyejukkan otak ke suhu 17.8°C untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika pembedahan dan suhu ini tak mungkin dapat dicapai hanya dengan memakan aiskrim.

Oleh itu, jika korang ingin mengelak dari berlakunya "brain freeze" korang boleh elakkan memakan aiskrim atau minuman seperti abc yang kandungan ais nya banyak dan sejuk pada hari-hari panas. Kalau teringin juga nak makan atau minum minuman yang sejuk, elakkan pengambilan kuantiti yang banyak dan cuba kawal supaya sejuk tersebut tidak bersentuhan dengan lelangit.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.