Gangguan Tidur atau Masalah Kesihatan yang Serius? 5 Cara Mudah untuk Berhenti Dari Berdengkur


Berdengkur adalah masalah yang serius. "Berdengkur boleh menimbulkan masalah dalam perkahwinan," kata Daniel P. Slaughter, MD, pakar otolaryngologi dan pakar berdengkur di Capital Otolaryngology di Austin, Texas.

Bukan sahaja mengganggu orang lain untuk tidur, tetapi 75% orang yang berdengkur mengalami apnea tidur yang obstruktif pernafasan terganggu ketika tidur untuk waktu yang singkat), yang meningkatkan risiko terkena penyakit jantung, kata Slaughter.

Terdapat banyak teknik yang terbukti dapat membantu menghilangkan dengkuran. Namun, tidak semuanya berkesan untuk setiap orang. Untuk menghentikan dengkuran anda mungkin memerlukan kesabaran, perubahan gaya hidup, dan sedia untuk eksperimen kaedah lain dengan solusi yang berbeza.

Cuba ikuti cara mudah dan perubahan gaya hidup ini, yang dapat membantu anda berhenti berdengkur.

Ubah Kedudukan Tidur Anda

Tidur secara berbaring membuatkan pangkal lidah anda dan lelangit lembut bergerak ke dinding belakang tekak anda, menyebabkan bunyi semasa tidur. Tidur secara mengiring boleh membantu mencegah perkara ini.

Kurangkan Berat Badan

Sekiranya berat badan anda bertambah dan mula berdengkur, penurunan berat badan mungkin dapat membantu. "Sekiranya lemak bertambah di bahagian leher anda, ianya akan menekan saluran pernafasan dalaman tekak yang menjadi penyebab berdengkur," kata Slaughter.

Amalkan Tabiat Tidur yang Baik (Sleep Hygiene)

Bekerja berjam-jam tanpa tidur yang cukup akan membuatkan anda terlebih penat dan bila anda tidur, otot menjadi lembut, membuatkan anda berdengkur.

Buka Saluran Hidung

Sekiranya anda berdengkur melalui hidung, membiarkan saluran hidung terbuka mungkin akan membantu. Sekiranya hidung anda tersumbat atau menyempit kerana selesema atau sebab lain, udara yang bergerak pantas cenderung menghasilkan dengkuran. Mandi dengan air suam panas sebelum tidur boleh membantu membuka saluran hidung.

Kekal Terhidrat

Kerap minum air dengan banyak. Rembesan di hidung dan lelangit lembut anda menjadi lebih pekat jika anda kurang minum air. Ini dapat membuatkan anda lebih kerap berdengkur. Menurut Institut Perubatan, wanita yang sihat harus meminum lebih kurang 11 cawan air sehari dan lelaki perlu meminum air sekurangnya 16 cawan sehari.

Secara keseluruhannya, pastikan tidur anda mencukupi, tidur mengiring, dan mandi air suam panas jika saluran hidung anda tersumbat. Dengan mengikuti cara ini sedikit sebanyak dapat membuatkan perbezaan dalam mengurangkan dengkur anda.