Gelagat Yang Boleh Dilihat Jika Seseorang Mengalami Depression

depression, gelagat orang alami depression, gejala depression

Depression atau kemurungan adalah masalah kesihatan mental serius yang boleh membuat seseorang menjadi negatif. 

Menurut American Psychiatric Association (APA), kemurungan boleh menyebabkan penghidap merasa sedih dan kehilangan minat pada banyak perkara. 

Kemurungan juga menyebabkan berbagai masalah emosi dan fizikal sehingga menganggu aktiviti harian. 

Gangguan kesihatan mental ini boleh mempengaruhi sesiapa sahaja. Malah pada orang yang hidup dalam keadaan yang baik sekalipun. 

Antara penyebab kemurungan adalah:
  • Masalah kimia di otak
  • Faktor keturunan dalam keluarga
  • Faktor persekitaran kerana seseorang selalu terdedah kepada keganasan, gangguan, kemiskinan, atau tekanan tinggi.
Gejala kemurungan ini berbeza-beza, bermula dari ringan hingga parah bergantung pada tahap keadaan penghidapnya.

Berikut adalah tanda awal untuk melihat gejala kemurungan ini berlaku melalui gelagat harian seseorang. 

Jarang Keluar Rumah

Setengah orang yang mengalami kemurungan ini akan jadi malas untuk keluar rumah untuk selama berminggu dan boleh jadi sehingga berbulan-bulan. 

Ada banyak sebab kenapa mereka bertindak sedemikian. Boleh jadi alasannya adalah kerana membenci diri sendiri. Dengan itu timbul pemikiran negatif bahawa setiap orang yang ditemui di luar juga bakal tidak suka padanya.

Ada juga alasannya disebabkan keletihan. Seolah-olah secara fizikal dia tak larat untuk keluar dari rumah.

Sentiasa Rasa Bersalah

Rasa bersalah adalah perasaan biasa, terutama ketika seseorang melakukan kesalahan.

Namun, ketika tertekan, penghidap merasa bersalah dalam segala hal.

Kesalahan yang dirasa juga boleh timbul kerana kesalahan di luar kawalan seseorang. Contohnya berlakunya bencana alam. 

Individu yang tertekan boleh merasa bersalah kerana mereka tidak dapat berbuat banyak dengan mangsa bencana alam.

Perasaan menyesal ini akhirnya membuat orang yang mengalami kemurungan merasakan diri mereka tidak berharga.

Malas Jaga Kebersihan Diri

Menjaga kebersihan diri itu suatu perkara yang normal dilakukan secara harian. Contoh kebersihan diri seperti mandi, gosok gigi, mencuci rambut, ganti pakaian, membasuh pakaian dan lain-lain. 

Namun begitu, ketika kemurungan datang, penghidap mungkin enggan atau malas mandi dan membersihkan diri selama berminggu-minggu.

Pembersihan diri boleh jadi aktiviti yang merimaskan bagi yang mengalami kemurungan kerana mereka rasa tidak mempunyai tenaga.

Susah Bangun Dari Tidur

Orang yang sihat biasanya perlu tidur selama lapan jam setiap hari.

Namun, bagi orang yang mengalami kemurungan, lapan jam tidak mencukupi. Mereka perlu tidur seharian.

Selalunya ketika orang yang mengalami kemurungan bangun, mereka merasakan baki hari selebihnya tidak mencukupi. Mereka merasakan mereka tidak mempunyai tenaga dan terus mengantuk.

Percaya Ramai Orang Benci Dirinya

Dalam kehidupan, kadang-kadang ada orang yang menyukai dan membenci kita.

Pola pikir ini tidak berlaku untuk penderita kemurungan.

Mereka merasa benci pada diri sendiri dan tidak ada orang lain yang menyukai mereka. Persepsi kebencian diri dan orang sekitar membuatkan penghidap tertekan.