Gigi Nampak Berkarat? Ikuti Cara Mudah Ini Untuk Memutihkan Gigi Secara Natural


Jika anda seorang yang suka bergaul dan mementingkan penampilan, pasti anda inginkan 'good first impression' daripada orang sekeliling. Apabila anda menyapa seseorang, benda pertama yang anda buat adalah senyum. Dan bila anda senyum mesti nampak gigi kan? Apa akan jadi bila senyum gigi anda kekuningan? Berkarat?
Berus gigi dengan banyak ubat gigi pun tak guna. Nak bleaching pulak takde modal. Tetapi jangan khuatir, dalam artikel ini akan memberikan anda cara mudah untuk memutihkan gigi secara natural tanpa mengeluarkan modal yang besar. Berikut antaranya.

Kayu Sugi

Selain memutihkan gigi, kayu sugi juga terbukti dapat menghalang pertumbuhan bakteria, mencegah rongga dan mengikis plak gigi. Anda boleh memberus kayu sugi secara langsung atau menanamnya terlebih dahulu dan gunakan sebagai ubat gigi.

Lemon

Lemon mempunyai kandungan semula jadi asid sitrik untuk memutihkan gigi. Potong lemon dan gunakan untuk memberus gigi.

Halia

Halia mempunyai sifat antibakteria untuk menghilangkan kesan kotor pada gigi. Caranya ialah dengan memarut dan perah airnya. Kemudian, gunakan untuk membilas atau memberus gigi.

Kunyit

Selain digunakan untuk memutihkan kulit, kunyit juga berkesan untuk memutihkan gigi dan menghilangkan mikroba berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit.

Strawberi

Strawberi mengandungi asid malic dan ascorbic yang mengurangkan kekotoran pada gigi dan menjadikan gigi putih dan berseri. Hancurkan strawberi dan campurkan dengan baking soda, kemudian sapukan pada gigi selama beberapa minit. Tetapi jangan lakukan kaedah ini dengan kerap kerana risau ianya mempercepatkan lagi peninpisan enamel gigi.

Pisang

Gigi kuning anda boleh diputihkan dengan kulit pisang. Bersihkan kulit pisang dan beruskan pada gigi anda.

Minyak Cengkih

Bukan hanya mengubati sakit gigi, minyak cengkeh juga berkhasiat untuk memutihkan gigi. Cukup dengan meletakkan pada gigi anda.

Epal

Epal bertindak sebagai "pencuci mulut" yang dapat menghilangkan kotoran yang menyebabkan gigi kuning.

Susu

Selain menjadikan gigi anda kuat dengan kalsium, susu juga mengandungi fosforus dan magnesium yang memutihkan gigi secara semula jadi.

Dark Chocolate

Penggunaan dark chocolate juga boleh menjadikan gigi putih secara natural. Bukan chocolate yang mengandungi gula ye.