Hand Sanitizer Atau Membasuh Tangan Dengan Sabun: Yang Mana Lagi Efektif?


Hand sanitizer boleh membasmi kuman jika ianya mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus kandungan alkohol. Tetapi jika kita lihat lebih jauh, sabun dan air adalah cara paling berkesan untuk menghilangkan bahan kimia, kuman, dan juga virus.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat mengesyorkan mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat. Ini adalah untuk mencegah dan memastikan penyebaran virus yang menyebabkan COVID-19 mati.

Mengapa sabun dan air lebih baik daripada hand sanitizer? Ini kerana hand sanitizer tidak menghilangkan semuanya yang ada di tangan anda.  Kajian menunjukkan bahawa hand sanitizer berfungsi dengan baik hanya bila dalam keadaan klinikal, di mana tangan tidak terlalu kotor atau berminyak. Tetapi dalam persekitaran awam, penggunaan hand sanitizer ini tidak cukup berkesan. Di samping itu, ianya juga tidak berkesan sekiranya tangan tidak kering sepenuhnya.

Sabun dan air jauh lebih berkesan untuk menghilangkan kuman penyebab penyakit seperti cryptosporidium, norovirus dan Clostridium difficile. Sabun juga menghapuskan bakteria dan virus lain, yang lebih kuat daripada virus korona. Sekiranya anda menyentuh bahan kimia berbahaya, para pakar mengesyorkan anda untuk mencuci dengan berhati-hati dengan sabun dan air.

Mengapa sabun lebih berkesan?

Sabun yang digunakan dengan air mengalir adalah kaedah terbaik untuk menghilangkan kuman dari tangan kita. Ini kerana molekul sabun itu sendiri sangat berkesan untuk menghancurkan membran permukaan beberapa bakteria dan virus, termasuk virus korona.

Selain itu, dengan menggosok tangan, geseran itu dapat membantu menanggalkan dan membersihkan kotoran, minyak, dan kuman dengan air yang mengalir.

Membasuh tangan anda sekurang-kurangnya selama 20 saat dapat membasmi kuman di tangan anda sepenuhnya.

Cara membasuh tangan yang dicadangkan oleh CDC:

  • Basahkan tangan dengan air mengalir (suam atau sejuk) dan sapukan sabun.
  • Pastikan sabun terkena pada semua permukaan tangan anda dan gosok pada semua tempat.
  • Gosokkan pada semua permukaan tangan, termasuk tapak tangan, belakang, jari, kulit antara jari, dan juga bawah kuku.
  • Bilas tangan menggunakan air yang mengalir.
  • Keringkan tangan dengan menggunakan tuala bersih atau tisu tangan.

Waktu bila hendak membasuh tangan:

  • Sebelum, semasa, dan selepas menyediakan makanan
  • Sebelum makan
  • Sebelum dan selepas merawat orang sakit
  • Sebelum dan selepas merawat luka
  • Selepas menggunakan bilik air
  • Selepas menyentuh hidung, batuk, atau bersin
  • Selepas menyentuh haiwan, memberi makan, atau membersihkan sangkar
  • Selepas membuang sampah
  • Ketika tangan nampak kotor dan berminyak