Hati-Hati Bila Melayari Internet. Ini Penyebab Telefon Anda Terkena Serangan Malware


Adakah anda tahu apa itu Malware? Malware adalah akronim untuk Malicious Software atau perisian yang berniat jahat. Malware merbahaya kerana boleh merosakkan telefon anda, mencuri data, dan menyebabkan kekacauan pada peranti digital.
Tanpa kita sedari, ada beberapa faktor yang boleh menjadikan telefon kita dijangkiti malware. Dan ini sebabnya.

Memuat Turun Aplikasi Berniat Jahat(Malicious Apps)

Kaedah penggodam yang paling biasa digunakan untuk menyebarkan Malware adalah melalui aplikasi dan muat turun. 
Aplikasi yang anda download dari aplikasi rasmi seperti Google Play atau Apps Store(iPhone) biasanya selamat, tetapi aplikasi yang "Pirated" atau berasal dari sumber yang tidak sah mengandungi Malware. Nampak je macam aplikasi yang boleh dipercayai, tetapi ianya mengandungi Spyware atau jenis malware lain. Selalu aplikasi download seperti ini boleh didapati daripada internet.

Menggunakan Telefon Yang Mempunyai Sistem Operasi Yang Lemah

Selalunya telefon itu sendiri mempunyai kelemahan yang boleh dimanfaatkan oleh penggodam. Biasanya kelemahan ini dijumpai dengan cukup cepat dan terus diperbaiki oleh pembuat telefon itu, tetapi jika anda tidak update software secara berkala di telefon, ianya akan terdedah kepada penggodam.
Sangat penting untuk memastikan telefon anda sentiasa dikemas kini seperti komputer lain, atau penggodam dapat memanfaatkan kelemahan yang ditemui.

Membuka Email Yang Mencurigakan

Penggodam biasanya akan menghantar email yang mempunyai caption yang menarik kepada kita agar kita tertarik untuk membukanya. Jika kita buka email itu, dengan senang penggodam dapat memasang malware pada telefon anda.

Menggunakan Sambungan WiFi Yang Tidak Selamat

Jangan ragu ragu pada keselamatan wifi yang kita pasang di rumah. Tetapi jika menggunakan sambungan wifi di tempat awam, seperti di restoran, kafe, pusat membeli-belah, lapangan terbang atau ditempat dimana wifi boleh didapati secara percuma, anda harus berwaspada. 
Apa yang berlaku jika kita menggunakan sambungan wifi yang tidak selamat? Peranti kamu boleh terkena malware dan data sensitif dari telefon anda akan terdedah. Sebagai perlindungan, gunakan antivirus paling terkini untuk menghalang telefon anda terkena malware jika disambungkan ke wifi awam.

Harap sentiasa berhati hati dan sentiasa selamat daripada serangan Malware. Semoga bermanfaat.