Hendak Bertukar Dari Android Ke iPhone? Berikut Adalah Langka Yang Perlu Dilakukan. Kena Tahu!


Berpindah dari telefon Android ke iPhone adalah perkara yang rumit. Anda bukan sahaja menukar peranti, tetapi juga beralih ke sistem operasi(OS) baru yang sangat berbeza dari sistem android.
Perbezaan sistem operasi(OS) membuatkan ramai orang keliru untuk memindahkan kenalan(contact list), fail dan data lain. Tambahan pula, hampir semua tetapan pada iOS(Apple) berbeza dengan Android. Bermula dari penampilan, butang pada telefon, hingga cara nak "back" pun berbeza. Itulah sebabnya mengapa banyak pengguna Android merasa sukar ketika pertama kali menggunakan iPhone. Tetapi bila lama-lama okay dah.
Bertukar dari Android ke iPhone sebenarnya lebih mudah daripada yang anda sangka. Jom ikuti langkah-langkah ini.

Download "Move to iOS"

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah download aplikasi Move to iOS pada telefon pintar Android anda. Aplikasi ini dibuat oleh Apple sendiri untuk para pengguna Android yang ingin berpindah ke iOS supaya proses perpindahan menjadi tidak terlalu sukar.

Sebelum Transfer File, Anda Perlu Memastikan Perkara Berikut

Sebelum melakukan proses transfer file, ada beberapa perkara yang perlu anda pastikan. Berikut adalah:
  • Pastikan iphone anda kosong dan tidak pernah disetting sebelumnya. Sekiranya anda sudah setting iphone anda, delete semuanya dengan menekan butang reset
  • Pastikan kedua-dua telefon disambungkan ke Wifi kerana proses pemindahan memerlukan sambungan internet yang stabil
  • Pastikan semua data yang ingin anda pindahkan dimasukkan ke dalam memori internal iphone
  • Pastikan kedua dua telefon mempunyai bateri yang cukup agar tidak mati semasa perpindahan data dilakukan

Cara Transfer Contact List, Gambar dan File Lain

Setelah semuanya siap, untuk proses seterusnya, ikuti langkah berikut:
  1. Setting tetapan iphone. Bermula dari bahasa, sistem privasi, dan lain-lain
  2. Setelah tiba di tetapan Apps & Data, pilih Move Data from Android
  3. Buka aplikasi Move to iOS pada telefon Android anda
  4. Klik Continue, baca Term and Conditions, kemudian klik Agree
  5. Pada telefon iphone anda, klik Continue sehingga halaman Move from Android muncul
  6. Disitu anda akan mendapat kod enam digit
  7. Masukkan kod ke dalam telefon Android anda. Abaikan saja jika ada notifikasi yang mengatakan "Connection Weak"
  8. Setelah kedua-dua telefon pintar disambungkan, tunggu halaman Transfer Data muncul di telefon Android
  9. Pilih data apa yang ingin di transfer. Start dari contact list, gambar, email, dan sebagainya
  10. Proses pemindahan akan berjalan. Selagi belum selesai, jangan tutup aplikasi atau beralih ke aplikasi lain
  11. Setelah semuanya selesai, anda boleh terus set up iphone anda

Data Yang Tidak Dapat Dipindahkan Melalui Pindah Ke iPhone(iOS)

Sayangnya, tidak semua data dari telefon Android dapat dipindahkan melalui aplikasi Move to iOS. Sekiranya anda telah membuat semua langkah pada point ketiga, anda boleh nampak hanya ada tiga pilihan kategori di halaman Transfer Data, iaitu: Contacts, Camera Roll, dan Email Account. Data lain seperti muzik, buku, pdf, aplikasi, mesej, sehingga kalendar anda harus dipindahkan secara manual.

Selamat menikmati iPhone baru!