Hilangkan Jerawat Degil Dengan Mengikuti 9 Cara Berkesan Ini


Jerawat sering kali muncul pada muka, dagu dan leher kita. Menurut pakar dermatologi Renee Rouleau, hormon dan susu adalah penyebab paling kerap anda mempunyai jerawat. "Ia selalunya disebabkan oleh perubahan hormon dan ketidakseimbangan dalam badan. Hormon merangsang pengeluaran minyak, yang membawa kepada pertumbuhan bakteria yang terperangkap dalam liang muka" kata Renee.

Dalam artikel ini, kami memberikan anda 9 cara berkesan yang boleh anda lakukan untuk melawan jerawat pada muka anda.

Kurangkan atau Berhenti Kerap Menyentuh Muka

Tangan adalah salah satu bahagian badan yang mudah terkena bakteria, kuman atau virus. Oleh sebab ini, anda seharusnya hentikan kerap menyentuh muka anda. Atau jika perlu, basuh tangan anda terlebih dahulu dengan sabun.

Pastikan Telefon Anda Sentiasa Bersih

Apa kaitan jerawat dengan telefon? Anda mungkin tertanya-tanya, tetapi telefon adalah salah satu benda yang boleh menyimpan bakteria dengan mudah. Tangan kita akan kerap kali memegang telefon, atau menyentuh telefon 'direct' ke muka, akan menyebabkan bakteria pindah ke muka kita.

Kurangkan Stress dan Pastikan Tidur Mencukupi

Stress dan kurang tidur boleh membuat hormon mendorong untuk menghasilkan kelenjar minyak. Dan minyak yang berlebihan dapat menyumbat liang pori, yang akhirnya menyebabkan jerawat.

Penggunaan Produk yang Sesuai

Tidak semua produk anti-jerawat sesuai untuk menghilangkan jerawat di muka anda. Anda harus menggunakan produk yang mengandungi asid laktik yang dapat menghilangkan kekotoran pada liang pori dan mencegah jerawat daripada kembali.

Air Lemon di Pagi Hari

Minum air lemon boleh menyebabkan sel-sel kulit terdetoks dan mengeluarkan kotoran dan peluh yang dapat menyumbat liang pada kulit. Ianya juga dapat mengurangkan pengeluaran jerawat pada kulit muka.

Elakkan Gula

Selain susu, gula juga harus dielakkan jika anda mempunyai jerawat yang sukar dibuang. Bukan hanya gula, coklat, makanan yang dipanggang, gula-gula, dan roti putih yang mempunyai indeks glisemik tinggi juga harus dielakkan. Beralihlah ke buah-buahan yang segar.

Minum Teh Spearmint

Teh spearmint mempunyai kesan yang baik untuk menekan hormon yang menyebabkan jerawat. Minum tiga cawan teh spearmint setiap hari untuk hasil yang maksimum.

Minuman Prebiotik

Tidak seperti susu, minuman probiotik adalah baik untuk pencernaan dan dapat mengurangkan bakteria berbahaya di dalam usus. Bakteria baik dalam usus juga mampu mengurangkan kadar minyak yang dihasilkan oleh badan.

Rujuk dengan Doktor

Berjumpa dengan doktor sangat digalakkan sekiranya jerawat anda tidak hilang walaupun anda sudah melakukan banyak cara untuk pencegahan dan rawatan jerawat.