Hubungan Tanpa Ikatan, Bahagia Itu Hanyalah Palsu

nakbebel, hubungan tanpa ikatan, bahagia hanyalah palsu

Demi mendapat kebahagiaan dalam hubungan percintaan ramai yang memilih untuk berkahwin. Perkahwinan akan membawa kepada kebaikan yang luar biasa dari biarkan diri terjerumus dengan hubungan yang tidak halal. 

Dalam perkahwinan itulah datangnya redha Allah. Maka untuk anda yang masih lagi ada hubungan cinta yang masih belum halal, berusahalah untuk menuju ke alam perkahwinan yang lebih baik. Halalkan hubungan! 

Percayalah, rasa bahagia walaupun belum berkahwin, itu hanyalah kebahagiaan yang palsu dan kecewanya satu kepastian. 

Hubungan Tanpa Ikatan, Jangan Anda Pula Yang Sakit
Berhati-hatilah dalam menjalin hubungan tanpa ikatan yang sah, takut anda akan jadi mangsa korban perasaan jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka. 

Bersedih Buat Masa Yang Lama Kerana Kecewa
Jika hubungan akhirnya tidak menjadi, pastinya anda akan lalui tempoh bersedih. Ia lebih parah jika hubungan anda dengan si dia terlalu akrab dan lama namun tidak diakhiri dengan pernikahan. 

Susah Move On
Ramai yang susah nak teruskan kehidupan seperti biasa disebabkan kekecewaan yang terus menerus melanda dalam hidup. Ini kerana kebencian yang ada dalam diri tidak dilepaskan dari hati. 

Tahu kenapa? Kerana terlalu berharap, tapi akhirnya tiada satu pun harapan yang jadi kenyataan. 

Jangan Senasib Dengan Mereka
Bagi anda yang masih dalam status hubungan tanpa ikatan sah, yang masih belum jelas ke mana hala tuju hubungan anda, janganlah sampai anda melalui nasib yang sama seperti mereka yang telah lalui rasa ini. 

Berusahalah, berbincang bersama pasangan ke mana hala tuju hubungan. Rancang sebaiknya supaya segalanya jelas. 

Renungkanlah sebaik-baiknya, jika yang diinginkan itu kebahagiaan dalam hubungan, berusahalah mengikut langkah dalam keredhaan Allah.