Ikuti Langkah-Langkah Ini Untuk Memastikan Jangka Hayat Bateri Telefon Anda Pada Tahap Maksimum


Adakah anda tahu bagaimana cara untuk memastikan bateri telefon  anda sentiasa berada di tahap yang terbaik?

Mungkin tidak. Dan mungkin juga anda mempercepatkan lagi kerosakan bateri telefon anda. Bagaimana? Dengan cara anda mengecas telefon.

Mengecas sehingga 100%, atau satu malam? Habiskan bateri sehigga 0% sebelum mengecas? Amalan biasa ini dapat memendekkan jangka hayat bateri anda, menurut Cadex, sebuah syarikat yang menawarkan peranti untuk menguji bateri telefon.

Cara terbaik untuk panjangkan jangka hayat bateri telah lama menjadi topik hangat. Cadex memberikan banyak maklumat di laman webnya, Battery University, seperti topik mengenai bateri lithium-ion - jenis bateri yang memberi kuasa kepada telefon pintar anda.

Ada tahap peratusan bateri tertentu di mana anda harus menyimpan kuasa bateri telefon anda agar ianya tidak rosak dan memaksa anda membeli telefon baru.

Ini adalah benda yang perlu anda buat - dan benda yang jangan dibuat - ketika mengecas telefon anda.

Cara Terbaik untuk Mengecas Telefon Anda adalah dengan Cara Sedikit Demi Sedikit, Setiap Kali Ada Peluang.

Cas telefon anda setiap kali anda ada peluang, walaupun hanya beberapa minit. "Mengecas telefon dengan cara ini tidak akan merosakkan telefon anda," menurut web Battery University.

Jangan Habiskan Bateri Sehingga 0% Sebelum Mengecas Telefon

Dalam web Battery University mengatakan bahawa apabila anda menggunakan telefon anda sehingga bateri tinggal 0%, lama kelamaan jangka hayat bateri anda akan menjadi pendek.

Cuba Pastikan Tahap Mengecas Bateri Anda Sentiasa Diantara 65% dan 75%

Menurut web Battery University, bateri lithium-ion di telefon anda akan bertahan paling lama jika anda mengecasnya hanya pada 65% hingga 75% setiap masa.

Jelas sekali ianya tidak praktikal untuk sentiasa memastikan tahap bateri telefon anda berada di tahap tersebut, tetapi sekurang-kurangnya anda tahu tahap mana yang ideal.

Elakkan Cas Telefon Anda Sehingga 100%

Mengecas bateri telefon anda hingga 100% dari 25%, atau lebih rendah, dapat mengurangkan kapasiti bateri dan memendekkan jangka hayat.

Menurut web Battery University, bateri lithium-ion "tidak perlu dicas sepenuhnya kerana voltan yang tinggi tidak bagus untuk bateri".

Jangan Cas Telefon Anda Semalaman

Mengecas telefon anda semalaman sama seperti mengecas telefon anda sehingga 100%. Ini kerana bateri tercas sepenuhnya ketika anda sedang tidur.