
Kalau layan nafsu makan, memang semua makanan hendak rasa tidak kira waktu. Apatah lagi dengan terlampau banyak kafe dan restoran yang dibuka 24 jam, memang tiada masalah hendak dapatkan makanan. Snek pula dah macam-macam jenis yang dijual.
Namun, tidak boleh diikutkan sangat nafsu makan kerana ia boleh menaikkan berat badan, cepat gemuk malah mengundang penyakit kronik yang disebabkan oleh masalah obesiti.
Tapi, bukan mudah hendak kawal nafsu makan, betul tak? Seolah-olah ia sudah menjadi tabiat yang sebati dengan diri.
5 Cara hentikan tabiat suka mengunyah :
1 Makan Dalam Kuantiti Kecil
Sebaiknya, latih diri guna pinggan yang kecil. Dengan ini anda melatih diri untuk makan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi, kurangkan sedikit demi sedikit, kerana kalau terlalu mendadak nanti anda akan cepat berputus asa.
2. Berhenti Bila Kenyang
Hanya makan disebabkan rasa lapar dan bukannya stres atau rasa boring dan ingin kunyah sesuatu kerana ia boleh menyebabkan anda terlebih makan. Jika diamalkan selalu, ia boleh menjadi tabiat buruk dan tidak elok untuk badan. Kawal diri untuk berhenti makan apabila terasa perut sudah diisi.
3. Jangan Skip Waktu Makan
Risiko apabila anda skip waktu makan yang sepatutnya adalah potensi untuk makan banyak disebabkan terlalu lapar. Sebab itu, jangan skip sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Apabila anda makan mengikut jadual, maka anda dapat elak dari makan berlebihan.
4. Tukar Snek Dengan Buah
Pastikan setiap hidangan mengandungi lebih daripada 50 peratus sayur-sayuran atau buah-buahan kerana ia rendah kalori. Jadi tiada masalah jika anda makan lebih banyak sayur atau buah, malah ia cepat mengenyangkan dan dapat mengawal nafsu untuk makan makanan lain. Kalau ke pejabat, pastikan bawa 2-3 biji epal, oren atau semangkuk anggur supaya anda boleh ‘mengunyah’ dengan sihat.
5. Minum Air Kosong Banyak
Apabila terasa ingin makan, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Kemudian, capai segelas air kosong dan minum dengan perlahan. Sebagai variasi, anda boleh juga menikmati air lemon, limau nipis, teh halia, teh pudina, atau teh hijau – tapi yang tanpa gula ya. Boleh detoks sekali!.