Jangan Ambil Ringan. Ini 4 Tanda Kecacingan Pada Manusia Yang Perlu Ditangani Segera


Cacing usus, atau cacing parasit, adalah organisma yang memakan tubuh manusia. Cacing usus boleh menyebabkan banyak gejala di dalam badan, yang serupa dengan gejala gangguan usus yang lain. Jangkitan parasit atau yang biasa disebut cacing usus pada manusia sendiri boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan, bermula dari sakit biasa hingga mengancam nyawa. Diagnosis cepat dan menyeluruh sangat penting dalam setiap kes untuk mengelakkan perkara yang lebih kritikal.

Mengalami Masalah Pencernaan

Parasit ini disebarkan melalui makanan mentah atau minuman yang penuh dengan parasit yang mana anda makan atau minum tanpa anda tahu. Jangkitan parasit ini menyebabkan cirit-birit berair dan berlemak, kembung perut, kekejangan perut, dan dehidrasi dalam satu hingga tiga minggu selepas jangkitan.

Penurunan Berat Badan Secara Mendadak

Jangkitan cacing pita adalah penyakit yang boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak. Ianya berlaku kerana cacing pita yang tinggal di usus akan memakan makanan yang anda makan. Selain itu, semasa penurunan berat badan berlaku, anda juga akan kehilangan selera makan dan kerap sakit perut.

Gangguan Pada Mata

Masalah mata akan dialami oleh wanita hamil yang dijangkiti parasit toxoplasma gondii atau toxoplasmosis. Toksoplasmosis boleh menyebabkan sakit mata, sensitif pada cahaya, penglihatan menjadi kabur dan buta akibat kerosakan retina mata. Parasit ini dapat menular ke manusia melalui makanan yang tercemar dengan parasit toxoplasma gondii atau dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa dicuci terlebih dahulu.

Masalah Pernafasan

Bukan hanya pada usus, parasit juga dapat berkembang di tempat lain seperti paru-paru. Sekiranya parasit berada di paru-paru, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti batuk atau sesak nafas. Walaupun begitu, gejala-gejala yang berkaitan ini jarang berlaku dan biasanya hanya disebabkan oleh parasit tertentu.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti diatas, segeralah berhubung dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul. Dan angan lupa makan ubat cacing sekurang kurangnya setahun 2 kali.