Jangan Ambil Ringan, Ini Barang Yang Sebaiknya Anda Tidak Perlu Pinjam atau Pinjamkan Kepada Orang Lain


Kita semua tahu bahawa seseorang tidak boleh meminjam sikat rambut atau berus gigi orang lain. Namun, ada banyak barang peribadi lain yang kadang-kadang kita kongsi dengan orang lain tetapi sebenarnya tidak boleh. Meminjam atau beri pinjam barang peribadi kita boleh memberi kesan negatif kepada anda atau orang lain, terutama dari segi kesihatan.

Telefon Bimbit

Mungkin anda tidak tahu betapa kotornya telefon bimbit anda. Satu kajian menunjukkan bahawa telefon kita mempunyai lebih kurang 10 kali lebih banyak bakteria daripada tempat duduk tandas. Telefon berbahaya kerana kita sering meletakkannya di muka semasa melakukan panggilan. Bakteria dari telefon boleh menyebabkan jerawat dan bintik hitam pada muka kita.

Alatan Makeup

Jangan lupa yang kuman dan bakteria tidak hanya banyak terdapat di tangan kita, tetapi juga di bahagian badan yang lain. Itu termasuk pada wajah kita. Sebab itu adalah sangat tidak digalakkan untuk berkongsi alatan makeup, terutamanya yang bersentuhan langsung dengan bibir dan mata. Ianya boleh menjadi jalan masuk kuman dan bakteria ke dalam badan.

Sikat Rambut

Sekiranya anda fikir yang meminjam sikat rambut tak ada risiko, anda salah. Sel-sel kulit mati, minyak, dan habuk dapat melekat pada sikat rambut sehingga menjadikan ianya sebagai tempat membiak bakteria. Kemudiannya bakteria itu dapat memasuki badan melalui liang rambut dan menyebabkan jangkitan.

Pengetip Kuku

Kuku tangan dan kaki adalah tempat kegemaran bakteria tinggal dan membiak kerana kotoran biasanya tersekat di antara kuku kita. Semasa anda mengetip kuku, tanpa sengaja anda terpotong kulit dan mengakibatkan luka kecil sehingga darah melekat pada pengetip kuku itu. Sentuhan darah dengan orang lain adalah salah satu jalan termudah untuk penyebaran penyakit. Itu termasuk hepatitis C yang boleh membawa maut.

Headset atau Headphone

Telinga kita juga merupakan tempat tinggal bakteria, yang hidup pada lilin semula jadi yang dihasilkan oleh telinga. Bakteria itu sendiri tidak berbahaya, tetapi jika terlalu banyak boleh menyebabkan jangkitan. Pencampuran lilin telinga dan bakteria biasanya terdapat pada headset anda, terutamanya jika alat dengar jarang dibersihkan. Risiko jangkitan menjadi lebih besar jika anda menggunakan headset terlalu lama kerana boleh menyebabkan lubang telinga melecet kecil yang membolehkan bakteria masuk.