Kebaikan Penggunaan Tali Skipping Untuk Lemak Pada Perut


Tali skipping adalah alat latihan klasik yang digunakan oleh atlet, peninju, dan orang-orang yang berminat untuk hilangkan lemak. Tali skipping yang juga permainan zaman kanak-kanak telah menjadi alat penting dalam komuniti kecergasan yang berpotensi membakar kalori dengan lebih cepat. Ia adalah salah satu alat senaman kardio dan HIIT (High-intensity Interval Training) yang terbaik. Terdapat banyak kelebihan penggunaan alat ini untuk perut kita, yang akan dibincangkan satu persatu dalam artikel ini.

Melompat tali adalah senaman yang serius yang dapat membakar banyak kalori dalam jangka masa yang singkat. Ianya terbukti bahawa kesan skipping selama 15 minit sama dengan 30 minit berlari. Tali skipping dapat mengembangkan kekuatan kaki, kepantasan, koordinasi, dan daya tahan kaki. Di samping itu juga, ianya merupakan senaman yang sangat baik untuk menghilangkan lemak perut dan keseluruhan badan.

Skipping mempunyai banyak faedah untuk perut dan keseluruhan badan anda. Ia mampu meningkatkan ketangkasan, stamina, fungsi motor, dan sistem saraf anda.

Skipping juga merupakan senaman yang rendah impaknya berbanding berjoging atau berlari kerana melompat pada jari kaki memberi tekanan yang lebih sedikit pada sendi anda daripada mendarat pada tumit kaki. Tekanan berada pada kedua kaki pada satu masa ketika kita skipping, manakala jika kita berjoging atau berlari, semua tekanan berada pada satu kaki pada satu masa yang menjadikan skipping latihan berimpak rendah daripada berjoging atau berlari.

Kebaikan Skipping Pada Perut

Jenis Lemak

Tubuh setiap orang mempunyai lemak. Walaupun orang yang mempunyai six packs mempunyai lemak tetapi nisbahnya sangat rendah. Perkara penting yang perlu diketahui ialah jenis lemak perut boleh mempengaruhi kesihatan anda. Lemak perut ada di bawah kulit anda dan membantu melindungi organ anda.

Sekarang penjahat utama lemak adalah lemak viseral yang berlebihan, yang berada di dalam perut. Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak lemak viseral, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes jenis II, dan obesiti. Penting untuk mengetahui bahawa lemak viseral penting untuk tubuh anda tetapi dalam jumlah yang kecil. Jadi tujuan utama anda adalah untuk mengurangkan jenis lemak di dalam badan anda. Oleh itu, anda akan tertanya-tanya bagaimana skipping boleh membakar lemak perut anda?

Punca Lemak Pada Perut

Dalam kebanyakan kes, lemak perut tambahan berasal dari makan makanan tidak sihat dan makanan ringan. Ianya juga kerana kurang melakukan senaman yang boleh membakar lemak. Makanan segera sekarang terkenal dengan peningkatan kadar lemak viseral di dalam badan anda.

Akan tetapi, bukan hanya makanan tidak sihat sahaja menjadi penyebabnya. Lemak viseral juga dapat disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang melibatkan ketahanan insulin, testosteron rendah, dan tahap tinggi hormon stres kortisol. Sekiranya anda mengalami tekanan dalam hidup anda, cubalah melakukan senaman dan kurangkan fokus pada tekanan.

Faktor lain adalah disebabkan dengan penuaan, ketika otot badan merosot, yang menjadikan penyimpanan lemak meningkat. Satu-satunya cara untuk menghindarinya adalah dengan sentiasa kekal aktif dan melakukan senaman setiap hari. Bagi wanita, kadar estrogen menurun yang mempengaruhi pengedaran lemak di dalam badan. Skipping boleh memberi manfaat untuk hilangkan lemak pada perut anda, tetapi hanya jika anda melakukannya secara berkala.

Kebaikan Skipping Pada Perut Anda

Melompat tali mempunyai kadar pembakaran kalori tinggi daripada latihan lain. Ia dapat membakar 1300 kalori sejam. 15 minit skipping adalah sama dengan 30 minit berlari, jadi anda dapat membakar kalori 2x lebih cepat daripada berlari. Ia juga menjimatkan masa dan membantu anda menurunkan lemak dengan lebih cepat.

Seperti yang telah anda tahu bahawa anda tidak boleh target mana-mana tempat badan tertentu untuk hilangkan lemak. Tetapi dengan skipping anda dapat membakar lemak badan secara menyeluruh yang akhirnya banyak mempengaruhi pengurangan lemak keseluruhan badan anda dan membuat badan anda berada dalam keadaan yang baik. Jika anda mengurangkan lemak dari seluruh badan anda maka secara tidak langsung anda juga akan kehilangan lemak pada perut anda, kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan.

Skipping juga membantu menjadikan organ di dalam perut anda lebih kuat seperti usus, paru-paru, buah pinggang, dan hati. Oleh itu, ini adalah senaman yang sangat berkesan untuk kesihatan semua organ anda.