Kehilangan Haiwan Peliharaan Teramatlah Menyakitkan, Kadang Sakitnya Sama Seperti Kehilangan Kawan Atau Saudara Sendiri


Sekiranya anda mempunyai haiwan kesayangan, anda tahu apa maksud cinta dan kasih sayang tanpa syarat. Sekiranya anda mempunyai haiwan kesayangan dan kehilangannya, anda akan mengalami rasa sakit yang mendalam. Kehilangan haiwan kesayangan sering kali merupakan pengalaman yang paling trauma, luar biasa, dan menyakitkan yang dapat ditanggung seseorang.

Sesetengah orang mungkin tidak memahaminya, tetapi jika anda berada dalam situasi seperti itu, anda tahu macam mana rasanya, dan anda tidak akan merasa malu atau rasa bersalah kerana bersedih dengan sahabat haiwan anda.

Leslie Irvine, seorang ahli sosiologi di University of Colorado-Boulder, mengatakan:

"Ianya tidak menghairankan bagi saya jika kita merasakan kesedihan kerana kehilangan haiwan kesayangan, kerana haiwan peliharaan ini sudah dianggap sebagai anggota keluarga kita sendiri."

Penyelidik John Archer, dalam penyelidikannya, Why do people love thier pets?, yang diterbitkan dalam Science Direct, mendapati bahawa kehilangan haiwan peliharaan sama sakit seperti kehilangan manusia yang disayangi:

"Dalam beberapa keadaan, pemilik haiwan peliharaan lebih merasa kasih sayang pada haiwan mereka daripada kasih sayang dengan manusia, kerana mereka memberikan hubungan tanpa syarat yang biasanya tidak ada pada manusia."

Haiwan peliharaan kita sering menjadi makhluk terpenting dalam hidup kita, dan kita membentuk aktiviti seharian kita mengikut keperluan mereka. Bagi orang yang tinggal bersendirian, haiwan peliharaan adalah teman pertama mereka.
Ahli psikologi Julie Axelrod menerangkan mengapa orang banyak bersedih setelah haiwan kesayangan mereka mati. Axelrod mengatakan bahawa mereka sebenarnya kehilangan sumber cinta tanpa syarat, teman utama mereka, yang memberikan keselamatan dan keselesaan, dan bahkan anak didik yang dibimbing seperti kanak-kanak semenjak dari kecil.

Haiwan peliharaan kita sering menjadi makhluk terpenting dan disayangi dalam hidup. Ikatan yang kita miliki dengan mereka sangat kuat, dan kita menganggap mereka ahli keluarga, yang membawa cinta, kegembiraan, dan kesenangan dalam hidup kita.

Oleh itu, jika anda pernah kehilangannya, anda tahu bahawa perasaan itu tersangatlah menyakitkan, dan sama sekali tiada beza seperti kehilangan saudara dekat atau sahabat sendiri.