Kekecewaan Terbesar Dalam Hidup Kita, Bila Kita Meletakkan Harapan Pada Tempat Yang Salah


Kekecewaan terbesar dalam hidup kita selalunya berlaku apabila kita meletakkan harapan pada tempat yang salah. Perkara ini selalunya benar bila ia melibatkan hubungan kita dengan orang lain.

Berapa ramai yang remuk rendam hatinya akibat kecewa kerana tidak mendapat kesetiaan yang diharapkan?

Berapa ramai yang menderita dihantui bayangan masa lalu yang mengguris hati?

Kita lupa kita hanya mampu merancang:

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.


Dan bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita tersungkur tidak mampu berdiri.

Kita hilang harapan dan hilang punca. Kita hampir putus asa. Seolah-olah itulah penamat.

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada manusia. Hampir 100%. Kita tidak sedar bahawa manusia boleh pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.

Walaupun segunung harapan yang diberikan. People are constantly changing and growing. Jadi, jangan buat diri kita terikat dengan bayangan seseorang dari masa silam.

Jadi kita harus meletakkan kerpercayaan sepenuhnya kepada tuhan.