Kenal Pada Kerusi Rasis? Ini Situasi Yang Menyakitkan Hati Yang Hanya Terjadi Pada Orang Kidal


Hanya sekitar 10% penduduk dunia yang bertangan kidal. Dan seperti yang disetujui oleh banyak orang kidal, semua benda dalam dunia ini hanya dibuat untuk orang-orang bertangan kanan. Walaupun sekarang menjadi kidal tidaklah begitu teruk, tetapi masih banyak benda kecil dan besar yang dapat membuat hari orang bertangan kidal ni sedikit lebih sukar.

Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda orang yang bertangan kanan, beberapa situasi "annoying" yang dihadapi oleh orang kidal.

Kerusi Belajar Rasis

Kenal dengan kerusi ini? Untuk orang yang bertangan kidal, kerusi ini dipanggil sebagai kerusi rasis. Walaupun ianya dicipta untuk menjimatkan ruang dalam kelas, tetapi bagi orang yang bertangan kidal, ianya bagaikan tiada guna dan memaksa orang kidal untuk mencari meja lain untuk menulis.

Bekas Pen Kotor Pada Tangan Sesudah Menulis

Oleh kerana kebanyakan orang menulis dari kiri ke kanan pada sehelai kertas, dakwat dari pen boleh menyebabkan tangan orang kidal kotor dan meninggalkan cop-cop pada kertas.

Buku Nota Menyusahkan yang Menggunakan Binding Jenis Spiral Bound

Kekecewaan akan wujud pada setiap golongan kidal bila mak belikan buku nota spiral bound ni. Buku nota ini boleh "menyiksa" orang kidal ketika hendak menulis kerana ia menghalang tangan orang kidal daripada menulis dengan selesa.

Penyiksaan Ketika Memakai Gunting

Gunting juga merupakan benda traumatik untuk digunakan bagi golongan kidal. Kebanyakan gunting direka khas untuk orang yang bertangan kanan, dimana bentuk lubang jari pada gunting khas dibuat untuk keselesaan orang bertangan kanan. Jadi, bila orang bertangan kidal memakai gunting tersebut, mereka akan merasa sakit dan tidak selesa. Lebih-lebih lagi bila nak menggunting benda yang keras dan tebal.

Pembuka Tin Dari Neraka

Sama juga seperti gunting, bukan mudah nak buka tin menggunakan can opener jika anda seorang kidal. Anda tidak boleh menggunakan pembuka tin secara terbalik dan mengharapkan ia berfungsi. Cara senang untuk buka tin ialah sama ada dengan membeli pembuka tin khas untuk orang kidal atau minta bantuan dari orang bertangan kanan.

Teguran Bila Tak Sengaja Makan menggunakan Tangan Kiri

Dalam masyarakat Malaysia, penggunaan tangan kiri ketika memegang makanan dianggap kotor. Oleh sebab tangan kiri adalah tangan yang dominan, kadang kala orang kidal terlupa untuk menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan. Lagi-lagi ketika hendak makan makanan ringan. Selalunya mak ayah yang akan tegur kita bila makan menggunakan tangan kiri pada waktu kecil agar tidak terbiasa bila besar nanti.