Kenali Personaliti Anda Melalui Bentuk Dan Warna Kuku.


Mungkin anda pernah terdengar tarsiran personaliti dari warna kegemaran. Namun terdapat juga makna tersirat yang berbeza melalui bentuk kuku seseorang. Kenalilah watak seseorang dengan melihat bentuk kukunya. Ada pelbagai bentuk yang bujur, runcing dan sebagainya  menerangkang personaliti dan sikap yang berbeza

Di sini kami ingin menyatakan bentuk kuku bersama tafsirannya namun ini hanyalah andaian semata-mata dan kesahihannya adalah mungkin bersifat secara kebetulan semata-mata.

Kuku yang kemas cantik dan tersusun

Kuku yang kemas tersusun menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Mereka lebih bersikap sensitif dan mudah tersentuh dengan teguran. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku sedang dan warna merah jambu

Bagi mereka yang memiliki bentuk kuku seperti ini menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, Seorang yang kuat bekerja dan selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi rata

Biasanya orang seperti ini memiliki sifat yang kurang bergaul dan lebih suka berseorangan (introvert), sedikit kewibawaan, kurang gemar menunjuk-nunjuk kekayaan dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku pendek dan lebar

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam mencari ilmu pengetahuan, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu. Mereka mempunyai tahap fokus yang penuh dalam mengerjakan sesuatu perkara.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat

Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan suka cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu. Orang seperti ini mudah mendapat kawan yang ramai tetapi kurang berusaha dalam mengejar cita-cita.

Bentuk kuku langsing

Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, oleh kerana sikap mereka yang kerap lalai dan cuai menjadikan mereka mudah ditimpa malang dan selalu terlepas peluang.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kekuningan

Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai serta tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun

Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, lemah, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku seperti kikir

Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam

Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa malang pada kehidupannya.

Bentuk kuku besar dan banyak garisan

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut)

Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari keluarga dan menghabis sisa hidupnya bersendirian.

Segala terjemahan yang kami senaraikan di atas hanyalah sekadar andaian semata-mata, anda boleh sahaja mengambil point di atas sebagai bahan hiburan dan jenaka untuk dikongsi bersama rakan-rakan. Sebagai masyarakat yang beragama kita sudah tahu bahawa kejayaan dan kegagalan bergantung kepada usaha dan tawakkal. Tiada kejayaan yang berlaku secara ajaib, begitu juga dengan nasib malang dan kegagalan. Anda harus menempuh kegagalan terlebih dahulu untuk menjadi seorang yang berjaya kelak.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.