Kenapa Hantu Seram Dan Menakutkan?. Ini Antara Sebabnya


Secara saintifik, belum ada orang yang boleh membuktikan bahawa kewujudan hantu itu ada. Semua cerita hanya disebarkan dari mulut ke mulut sahaja. Bahkan banyak gambar dan video jelmaan hantu atau makhluk halus yang tersebar di laman sosial juga belum membuktikan kesahihannya. Terkadang video seperti itu sengaja dicipta bagi mendapatkan populariti dan perhatian.

Walaupun begitu, tidak dinafikan perasaan takut dan seram kita itu ada jika bercerita tentang hal yang berkaitan makhluk halus ini atau dipanggil sebagai hantu. Apakah punca yang membuatkan kita merasa sedemikian?, pasti ada suatu yang bermain difikiran korang bukan?.

Ini antara sebab kenapa hantu seram dan menakutkan.

Takut dengan kematian
Ramai orang takut pada hantu karana takut fikirkan soal kematian. Ada segelintir yang menganggap bahawa ketika melihat hantu atau makhluk halus ini, maka menjadi pertanda bahawa sampai waktu ajal atau sudah tiba masanya untuk mati.

Takut dirasuki
Ramai orang cakap kalau bertembung dengan hantu ni nanti boleh kena rasuk tau. Aih seram pula dengar. Fenomena dirasuk hantu ini kerap kita dengar dari rakan-rakan atau dari cerita orang, dan ada juga video yang banyak tersebar di laman sosial berkaitan manusia yang dirasuk hantu. Sejauh mana kesahihannya?. bagi masyarakat yang beragama sudah pasti beriman dan berpegang pada rukun untuk mempercayai kewujudan makhluk ghaib di alam ini. Tetapi bagi mereka yang tidak beragama mungkin menganggap cerita macam ni mengarutlah atau pun percaya 50/50 sahaja, sebab tiada bukti saintifik kerana kita tidak dapat pastikan atau membezakan setiap video kejadian rasuk yang tersebar itu adalah benar-benar berlaku atau palsu. Boleh saja kerana emosi terganggu membuatkan mangsa rasa seolah-olah dirasuk.

Salah satu ketakutan manusia akan hantu adalah ketika hantu tersebut merasuki tubuh badan dan melakukan perkara-perkara pelik yang boleh mendatangkan keburukan dan bahaya. Biasanya, berlaku kejadian seperti histeris dan menjadi orang tersebut hilang kawalan, menjerit dan tidak sedar diri tentang apa yang berlaku disekelilingnya. 

Rupa paras yang buruk dan tak masuk akal
Belum ada gambar yang jelas dapat menunjukkan bagaimanakah rupa paras hantu yang sebenar. Tetapi, banyak pendapat dan pengalaman orang terdahulu dalam menceritakan tentang ciri-ciri yang ada pada hantu ni, seperti kedudukan anggota tubuhnya dan kemampuannya yang tidak masuk akal. Dengan rupa paras yang buruk pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa takut dan seram. Bagi yang belum nampak pun dapat merasa seramnya kan. 

Berimaginasi yang pelik-pelik 
Dari sejak kecil lagi kita dimomokkan dan ditakut-takutkan dengan cerita hantu dan mendoktrin bahawa hantu itu berwajah pelik, menakutkan dan berbahaya. Cerita berkenaan pengalaman orang tersebut akan terus menghantui minda kita sehingga dewasa.

Apalagi di laman sosial dan filem-filem diseluruh dunia kerap menayangkan kisah hantu yang menyeramkan yang dijadikan sebagai hiburan untuk bercerita. selepas menonton mesti korang akan terbayang-bayang ekspresi wajah yang cuba di realiti kan oleh mereka. Kemampuan makhluk ini yang mampu menembus blok dinding, terbang ke pokok dan buat hal yang tidak masuk akal. Maka akan wujud imaginasi yang bermacam-macam di akal fikiran.

Suatu perkara yang misteri
Secara logiknya perasaan takut dan curious kita akan meningkat apabila suatu hal tersebut kekal menjadi misteri. Ditambah dengan doktrin sejak kecil, terdengar suara-suara sayup yang tak tahu datangnya dari mana, terdengar bunyi macam tu sahaja dah cukup buat kita longgar lutut dan lemah semangat. Ada pula tu yang suka tokok tambah cerita menjadikan ceritanya lebih seram dan menarik. Mungkin sengaja buat macam tu kerana lucu bila lihat aksi orang yang sedang ketakutan.

Oleh itu, perasaan takut itu bukan bermaksud kita seorang yang lemah, kira normal la kita ada perasaan takut tentang hal-hal berkaitan makhluk halus ni. Perasaan tu wujud kerana imaginasi kita sukar terima dan tak dapat logik kan ciri-ciri makhluk tersebut yang amat pelik.di alam realiti ini. Tapi jangan pula korang terlalu fikirkan sehingga ia mengganggu cara kehidupan korang