Kenapa Kita Ketagih Mengunyah Makanan Ringan? Semuanya Berkaitan Dengan Tindakbalas Otak Kita


Sesetengah daripada kita tahu bahawa makanan ringan tidak sihat. Kita tahu bahawa makan makanan rendah nutrisi boleh mengakibatkan masalah jantung, tekanan darah tinggi, dan pelbagai penyakit kesihatan yang lain. Kajian juga menunjukkan bahawa makan makanan ringan boleh dikaitkan dengan depression.

Tetapi jika ianya tak elok untuk kita, mengapa kita terus memakannya?

Ada jawapannya. Dan ianya disokong oleh sains yang pasti mengejutkan anda.

Apabila anda makan makanan yang sedap, ada dua faktor yang mencetuskan "kegembiraan" dalam otak anda.

Pertama, anda akan rasa sensasi bila makan makanan yang sedap. Sensasi ini adalah seperti rasanya (masin, manis, masam, dll.), seperti apa baunya, dan bagaimana rasanya di mulut anda. Syarikat makanan akan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk mengetahui tahap kerangupan yang paling memuaskan dalam kerepek kentang. Para saintis mereka akan menguji jumlah soda yang sempurna untuk diletakkan didalam minuman ringan mereka. Faktor-faktor ini semuanya bergabung untuk mewujudkan sensasi yang berkaitan dengan otak anda bila makan atau minum produk mereka.

Faktor kedua ialah penyediaan makanan makronutrien sebenar - gabungan protein, lemak, dan karbohidrat yang terdapat di dalamnya. Dalam kes makanan ringan, pengeluar makanan mencari kombinasi garam, gula, dan lemak yang sempurna yang mencetuskan "kegembiraan" pada otak anda dan membuat anda ketagih untuknya lagi.

Bagaimana Sains Membuatkan Anda Ketagih

Terdapat pelbagai faktor yang digunakan para saintis dan pengeluar makanan untuk menjadikan makanan lebih ketagih.

Tindak Balas Air Liur

Air liur dapat menyedapkan lagi apa yang ada didalam mulut anda, yang mana semakin banyak makanan menyebabkan anda mengeluarkan air liur, semakin kuat rasa yang anda rasai di dalam mulut. Sebagai contoh, makanan yang diemulsi seperti mentega, coklat, salad dressing, ais krim, dan mayonis mendorong tindak balas air liur yang membantu menenangkan deria rasa anda. Ini adalah salah satu sebab mengapa banyak orang lebih menikmati makanan yang mempunyai sos atau topping.

Makanan yang Cepat Habis dan Senang Dimakan

Makanan yang cepat habis atau "mencair di mulut anda" dapat menipu otak anda dengan memberi isyarat yang anda tidaklah makan begitu banyak, walaupun makanan itu telah habis dimakan. Dengan kata lain, makanan ini memberitahu otak anda yang anda belum kenyang, walaupun anda telah makan banyak kalori.

Tindak Balas Khusus Deria

Otak suka akan benda yang pelbagai. Apabila berkaitan dengan makanan, jika anda merasakan rasa yang sama berulang-ulang kali, maka anda akan mula rasa muak. Akan tetapi, makanan ringan direka khas untuk mengelakkan tindak balas sensori ini. Para saintis makanan ringan memberikan rasa yang cukup untuk menarik (otak anda tidak bosan memakannya), tetapi tidak begitu merangsang sehingga tindak balas deria anda menjadi tumpul. Inilah sebabnya mengapa anda boleh menelan keseluruhan beg kerepek kentang dan masih boleh makan kerepek yang lain.

Syarikat makanan menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan makanan ringan yang boleh menjadikan orang ketagih. Apa yang boleh kita boleh lakukan? Adakah cara untuk mengatasi wang, sains, dan iklan di sebalik industri makanan ringan? Itu semua bergantung pada diri kita. Hanya kita sebagai pengguna mampu mengubahnya. Bagaimana? :)