Kenapa Makan Secara Sihat Penting Untuk Tubuh Badan Kita



Makanan yang tidak diperoses seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin memberi manfaat kepada tubuh dan minda anda.

Jika anda pernah bertanya kepada seseorang bagaimana untuk menjadi sihat, anda mungkin pernah dengar nasihat ini: Makan makanan yang sihat. Betul, tapi apa maksudnya? Ini mungkin bermaksud elakkan makanan bergula seperti ais krim atau gula-gula walau dengan apa cara sekali pun. Dan mungkin orang lain memberitahu anda untuk mengelakkan semua gluten tenusu dan nix.

Masalahnya ialah, kenyataan yang pelbagai ini menyebabkan kekeliruan untuk memastikan kenyataan yang mana satu lagi menyihatkan. Ianya akan mendorong orang untuk mencuba diet yang tidak berkekalan dan tidak baik untuk kesihatan.

Jika anda adalah salah satu orang yang macam ni, jangan risau. Kerana cara pemakanan yang sihat ni adalah sesuatu perkara yang senang untuk diikuti daripada apa yang anda fikirkan.

Tabiat Pemakanan Sihat dan Tidak Sihat: Apa Perbezaannya?

Makan makanan yang tidak mempunyai campuran apa-apa, seperti buahan yang tidak dijeruk, adalah lebih baik. Jika sesuatu makanan itu diproses, makanan itu akan kehilangan sebagian besar serat, vitamin, dan mineralnya, dan akan sering kali ditambah bahan pengawet yang tak elok untuk ditelan.

Corak pemakanan berasaskan tumbuhan adalah lebih baik. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil makanan berasaskan tumbuhan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk terkena penyakit kronik.

Satu kajian yang diterbitkan pada bulan Ogos 2019 dalam Journal of the American Heart Association mendapati bahawa orang yang berpegang pada pola makan berasaskan tumbuhan mempunyai risiko 16 peratus lebih rendah terkena penyakit jantung, yang mungkin kerana diet ini cenderung mengandungi lebih banyak serat dan nutrien yang sihat untuk jantung seperti potasium, sambil menghadkan pengambilan lemak tepu dan kolesterol. Definisi makan berasaskan tumbuhan adalah berbeza-beza, ianya seperti vegan (tanpa produk haiwan), vegan mentah (tanpa produk haiwan dan hanya makanan mentah), vegetarian (tanpa daging), atau yang fleksibel (makan vegetarian pada kebanyakan masa).

Mengapa Anda Harus Memilih Untuk Makan Secara Sihat?

Makanan adalah salah satu 'alat' terpenting untuk pastikan badan kita sentiasa sihat, dan dapat hidup dengan lama.

Diet yang Sihat Dapat Membantu Mencegah Penyakit

Gaya hidup yang tidak sihat boleh menjadi penyebab penyakit kronik, yang boleh mengakibatkan kematian. Merokok, pengambilan nutrisi yang buruk, kurang bersenam, dan penggunaan alkohol yang berlebihan adalah penyebab utama penyakit kronik, seperti penyakit jantung, barah, dan diabetes.

Pilihan Makanan Mempengaruhi Kesihatan Mental Anda

Jika kita mengamalkan pemakanan yang baik, bukan setakat tubuh sahaja yang menjadi sihat, ia juga akan mempengaruhi kesihatan mental kita. Dalam jurnal yang diterbitkan pada bulan Julai 2016 dalam Clinical Nutrition Research, penulis kajian menyatakan bahawa diet yang kaya dengan vitamin dan mineral boleh dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk gangguan kesihatan mental seperti kegelisahan, kemurungan, dan attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD).

Makan Diet yang Sihat Membantu Penurunan Berat Badan Anda

Berat badan berlebihan atau mengalami kegemukan boleh dikaitkan dengan peningkatan risiko kesihatan anda. Penurunan berat badan adalah penting jika anda mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang tinggi. Akan tetapi, jika anda mengikuti diet berkualiti tinggi yang mengambil perhatian pada saiz makanan, ia mampu membuatkan anda mencapai berat badan yang sihat.