Kenapa Rakyat Malaysia Lebih Suka Merantau Di Negara Beriklim Sejuk


Rakyat Malaysia gemar bercuti ke luar negara terutama di negara-negara dan daerah yang bermusim sejuk seperti Korea, America, Kashmir dan beberapa negara di eropah. Kadar pelancong dari Malaysia yang semakin meningkat saban tahun ke negara-negara dingin mempunyai beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada meningkatnya pelancong tempatan ke luar negara.

Pelancongan domestik bukan tidak menjadi pilihan bagi rakyat Malaysia tetapi faktor iklim dan geografi kedudukan negara Malaysia yang tidak memiliki 4 musim seperti negara-negara lain menjadikan pelancongan domestik tidak setanding dengan pelancongan ke negara dingin. Lumrah bagi setiap pelancong inginkan kelainan apabila melancong ke luar negara, begitu juga pelancong luar yang datang melancong ke Malaysia dimana kebanyakannya tertarik dengan beberapa faktor terutama suhu dan juga budaya di Malaysia yang berbeza dengan negara asal mereka.

Suhu Panas Melampau

Apabila menjelang monsun timur laut yang kebiasaannya jatuh pada bulan mac, negara kita bakal mengalami keadaan cuaca panas yang melampau oleh kerana kurang taburan hujan yang bermula di utara tanah air. Keadaan bertambah parah apabila mencapai ke hujung monsun timur menyebabkan
negara Malaysia mencapai suhu yang paling tinggi pada setiap tahun. Oleh kerana cuaca panas di negara kita berlaku setiap tahun menjadikan pilihan untuk melancong ke luar negara sebagai satu pilihan yang sangat berbaloi terutama apabila waktu yang dipilih bersesuaian dengan cuaca panas di negara kita.

Suasana Musim Salju Yang Indah

Kita membesar dengan menonton pelbagai drama filem dan telemovie dari negara-negara barat yang selalu menayangkan keadaan cuaca sejuk serta musim salji yang memupuk keinginan kita untuk melawati negara-negara 4 musim atau cuaca seperti yang biasa dilihat di kaca televisyen. Bermain dengan salji juga satu impian bagi sesetengah pelancong yang mengangumi dan mempunyai cita-cita untuk sampai ke tempat dingin. Di Malaysia kita hanya mampu untuk bermain dengan salji palsu di kawasan indoor yang terdapat di beberapa taman tema. 

Outfit Yang Menarik

Oleh kerana cuaca sejuk di luar negara sudah pasti pemakaian haruslah bersesuaian dengan iklim, yang menjadikan ia sebagai faktor pelancongan. Agak pelik untuk kita dress-up di Malaysia seperti mana di negara-negara beriklim sejuk, jadi kita lebih memilih tempat pelancongan yang menjanjikan kelainan dari semua aspek termasuklah pemakaian. Penyediaan awal membeli pakaian untuk musim sejuk sudah memberi keseronokan walaupun sebelum mula percutian.

Oleh itu, kepada anda yang sedang merancang untuk melancong atau berbulan madu di luar negara, kami mengesyorkan anda untuk memilih tempat atau negara yang beriklim sejuk serta meiliki budaya dan seni bina yang unik dan menarik. Semoga percutian anda memberi makna dan menjadi sebuah kenangan yang indah.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.