Kerap Bersin? Gatal-Gatal? Ini 5 Punca Utama Alahan, Dari Habuk Hingga Makanan


Adakah anda mempunyai alahan? Alahan adalah tahap sensitif teruk terhadap bahan asing (dikenali sebagai alergen) yang menyebabkan sistem pertahanan tubuh bertindak balas secara melampau bagi melindungi diri anda.. Secara amnya, alahan dialami pada masa kanak-kanak akan hilang dengan sendirinya ketika dewasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga alahan yang berterusan sepanjang hudp anda.
Apakah pencetus alahan yang paling biasa dan berapa banyak orang yang mengalaminya?

Makanan

Pasti anda pernah nampak orang yang mempunyai alahan pada makanan yang dimakan, sama kawan anda, family, atau mungkin diri anda sendiri. Pencetus alahan makanan sangat berbeza dengan alahan lain, bermula dari kacang, udang, ketam, telur, susu, tepung, dan banyak lagi. Untuk mengatasinya, anda harus berhati-hati dan selalu perhatikan label makanan untuk mengelakkan alahan pada makanan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda selalu membawa ubat alahan seperti antihistamin, mengikut nasihat Harvard Health Publishing.

Bulu haiwan

Seperti yang anda tahu, bulu kucing atau anjing juga boleh menyebabkan alahan. Orang yang alah pada bulu haiwan biasanya mempunyai sistem imun yang terlalu sensitif. Apa yang menyebabkan alahan adalah protein yang tidak berbahaya dalam air kencing, air liur, atau sel kulit mati pada haiwan. Gejala alahan pada manusia yang kita boleh nampak adalah radang mata, hidung tersumbat, bengkak dan gatal pada hidung.

Tungau Rumah atau Hama Debu

Seperti namanya, hama debu ini sangatlah kecil seperti habuk. Ianya berwarna putih dan selalu dijumpai di katil anda, karpet, perabot, atau tempat lain di mana sel-sel kulit mati manusia berkumpul. Gejala yang anda boleh nampak pada manusia adalah bersin, hidung berair, mata gatal, merah atau berair, dan bengkak di bawah mata. Alahan hama debu dapat disembuhkan dengan semburan hidung steroid, dekongestan, dan antihistamin. Untuk mengelakkan hama debu, basuh cadar dan sarung bantal seminggu sekali dengan air panas.

Kulat

Kulat adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan reaksi alahan. Kulat ini dapat melepaskan zarah-zarah kecil ke udara yang dapat disedut oleh manusia. Kulat tumbuh subur pada tempat yang lembap seperti bilik mandi. Gejala alahan kulat sama seperti alahan tungau debu, seperti bersin, mata gatal dan berair, hidung tersumbat, hidung berair, dan batuk. 

Debunga

Terdapat sebilangan orang yang alah kepada rumput dan debunga. Keadaan ini disebut hay fever atau alahan rinitis. Debunga yang kering dan ringan ini mudah dibawa oleh angin. Debunga ini berasal dari rumput, rumpai, bunga, dan pokok. Apakah simptom alergi debunga? Simptomnya adalah seperti bersin, hidung berair kerana pengeluaran ingus yang berlebihan, mata merah dan berair, bengkak di sekitar mata, hidung sumbat, gatal pada hidung, telinga, mulut, dan mata.