Kerap Kali Membuang Air Kecil, Itu Kemungkinan Anda Mengalami Masalah Kesihatan.


Anda seorang yang sering melakukan aktiviti dan banyak minum air. Jadi anda setiap hari kerap juga berulang-alik masuk tandas untuk membuang air kecil.

Tapi tahukah anda jika simptom itu berterusan ia mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda. Dan tahukah anda terdapat pelbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan simptom kerap membuang air kecil.

Disebabkan itu anda jangan ambil ringan jika ia berlaku. sebagai contoh jika anda ke tandas lebih daripada 8 kali sehari atau sering bangun pada tengah malam semata-mata nak membuang air kecil ia mungkin anda mengalami masalah kesihatan.


Ini contoh penyakit dan simptom yang perlu anda lihat.


1. Diabetes

Kerap membuang air kecil dalam jumlah yang tidak normal merupakan gejala awal diabetes. Ini kerana badan anda cuba untuk membersihkan glukosa yang tidak digunakan di dalam darah melalui air kencing.

2. Gangguan prostat

pembesaran prostat boleh memerah uretra atau saluran kencing yang menutup aliran air kencing. Jadi ini menyebabkan berlaku abbnormaliti pada dinding pundi kencing. Ia akan menyebabkan pundi kencing mudah mengecut walaupun terdapat sedikit air sahaja. Dan anda kerap rasa nak buang air kecil.


3. Penyakit saraf atau strok

Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan fungsi pundi kencing juga boleh menyebabkan kekerapan membuang air kecil.  Jadi sangat penting untuk anda melakukan periksaan dengan doktor.

4. Diverticulitis

Diverticulitis merupakan sejenis keradangan pada dinding usus besar. Tanda-tandanya adalah sakit yang bermula dari pusat dan bergerak ke bahagian bawah abdomen, demam, kerap mebuang air kecik serta rasa sakit dan pendarahan rektum.

5. Jangkitan Saluran kencing

Sentiasa mahu untuk membuang air kecil yang tak dapat nak tahan, demam dan tidak merasa selesa atau sakit di bahagian perut.