Kesan Lampu Tidur Terhadap Kualiti Tidur Anda. Patutlah Ramai Yang Mengalami Masalah ini.


Penting ke lampu tidur dalam bilik? Mungkin sesetengah daripada anda beranggapan bahawa lampu tidur adalah sebagai eksesori tambahan sahaja dalam bilik tidur. Tanpa menggunakan lampu tidur pun kita boleh je tidur macam biasa.Tetapi banyak kelebihan yang mungkin anda tidak ketahui.

Lampu malap dan kekuningan membantu menaikkan suasana bilik yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Menurut Dr. Margaret Grose, cahaya tiruan ketika waktu malam seperti lampu bilik tidur mengganggu penghasilan melatonin dalam tubuh badan manusia.

Melatonin dihasilkan melalui kelenjar pineal di dalam otak, dan bertindak mengawal selia proses badan seperti kitaran waktu bangun dan tidur sehinggalah kepada mood, tenaga dan selera manusia.

Kaitan Melatonin dan lampu bilik tidur

Terdapat kebimbangan mengenai cahaya tiruan ini terhadap kesihatan manusia. Bermula sejak tahun 1980, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science mendapati, cahaya tiruan menahan pengeluaran melatonin dalam tubuh manusia.

Apakah kepentingan melatonin selain mengawal selia kitaran tidur manusia? Melatonin juga bertindak sebagai bahan anti-kanser atau anti-karsinogen untuk pelbagai tumor.

Penghasilan melatonin ini sebenarnya meningkat secara semula jadi dalam tubuh manusia di antara jam 9 malam sehinggalah 7 pagi. 

Pada tahun 2007, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa cahaya tiruan ini merupakan faktor risiko karsinogenik untuk pekerja syif yang terdedah kepada sumber cahaya seperti lampu bilik ketika waktu di mana manusia sepatutnya tidur.

Perbezaan tidur di dalam gelap tanpa lampu yang malap

Pendedahan tubuh manusia terhadap cahaya tiruan ketika waktu malam akan mengubah jam tidur dalaman tubuh.

Jam dalaman ini adalah satu mekanisme biologi yang mengawal selia kitaran bangun tidur manusia yang boleh mempengaruhi kualiti dan kuantiti tidur anda.

Melatonin yang dihasilkan pada waktu gelap membantu anda bersedia untuk tidur, dengan cara menghantar isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masa untuk tubuh anda berehat.

Isyarat yang dihantar ini kemudiannya memulakan persediaan fisiologi tubuh untuk tidur seperti relaksasi otot, menghadirkan rasa mengantuk dan menurunkan suhu badan.

Cara yang betul sebelum tidur

Kurangkan pencahayaan dalam bilik dengan menggunakan lampu di dalam bilik berwarna kuning yang kurang cerah atau malap berbanding lampu bilik tidur berwarna putih terang.

Kurangkan pencahayaan sejam sebelum waktu tidur anda untuk menggalakkan tubuh bersedia untuk tidur.

Elakkan penggunaan gajet seperti smartphone, laptop atau sebarang alat lain yang boleh menyebabkan mata anda kekal segar sebelum tidur.

Gunakan penutup mata yang boleh cahaya direct ke mata dan membantu anda untuk lebih mudah tidur.

Bagi mereka yang tidak biasa tidur dalam keadaan gelap, atau mungkin ‘takut’ berada dalam kegelapan, anda boleh cuba cara-cara seperti yang dinyatakan di atas.

Oleh itu, jangan pandang remeh soal kualiti tidur anda, Cara tidur yang betul memboleh anda melakukan aktiviti seharian dengan lebih berkualiti dan efisyen. Dalam masa yang sama ia membantu tubuh badan anda mendapat rehat yang sempurna. Utamakan kesihatan fizikal dan mental anda dengan cara tidur yang betul.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.