Kesan Telur Penyu Terhadap Kesihatan Manusia. Bilakah Kali Terakhir Anda Mencuba?


Anda pernah makan telur penyu?
Rasa sedap dan lazat bagi yang pernah mencuba telur penyu. Bentuknya seperti bola ping pong dan berkulit lembut tidak serperti telur ayam yang biasa kita beli di kedai. Mungkin sahaja anda tahu bahawa telur penyu sudah lama menjadi santapan masyarakat tempatan, namun kita tidak arif tentang kandungan yang sangat merbahaya di dalam hidangan ini hingga menyebabkan kes-kes kematian mengejut.

Di sini kami ingin berkongsi beberapa maklumat tentang kesan pengambilan telur punyu terhadap kesihatan tubuh badan.

Kandungan toksin yang tinggi

Menurut kajian sebuah pusat pengajian medik di Amerika Selatan, telur penyu mengandungi sejenis sekremen bernama gelatinum leviosa yang menyelaputi kuning telur. Sekremen ini tinggi dengan toksin hampir 87%, menyebabkan kesan yang fatal kepada buah pinggang. Dicatatkan sebuah kes seorang pesakit dari Colorado yang hanya pernah memakan sebiji telur penyu dalam seumur hidup, setahun kemudian meninggal setelah mendapati buah pinggangnya mengecut hingga menyerupai kismis dan disahkan oleh pakar bedah ianya berpunca daripada sekremen itu yang menyelaputi buah pinggang, menyedut segala enzim sehingga kering. Sekremen itu berfungsi untuk menjaga anak penyu di dalam telur daripada bacteria kerana kulitnya masih berada di tahap yang sensitif.

Memiliki virus nCov-2011

Kajian terbaru daripada seorang pensyarah tersohor di Medical Research Centre of Uzbekistan, Dr Achmadi Erfanov Razibsson mengesahkan keberadaan virus nCov-2011 pada kebanyakan telur penyu hari ini. Ianya sejenis virus corona yang telah ditemui pada tahun 2011, tapi keadaan virus itu terkawal, tidak seperti COVID-19. Tapi jika kita memakan telur penyu, ia dapat meransang pembolehubahnya dan ia juga boleh bertukar menjadi sama seperti virus corona yang sedang tular pada hari ini. Jika berlaku pertemuan antara dua virus ini, ia bakal mencipta COVID20, yang mana akan menjadi lebih merbahaya kepada dunia. Dr Achmadi juga menekankan keberadaan virus itu kebanyakannya terdapat pada penyu-penyu Asia Tenggara. Ianya tidak merbahaya kepada hidupan laut, tapi kepada manusia akan memberi kesan yang sangat fatal. Adapun begitu, virus ini tidak berjangkit jika bersentuhan dengan penyu, tetapi hanya akan menjangkiti orang-orang yang memakan daging atau telurnya. Menjauhkan diri dari habitat penyu adalah digalakkan.

Bahaya untuk otak

Kumpulan pengkaji yang juga datang daripada pusat pengajian yang sama dengan Dr Achmadi menemui kuman arachnid caplaotac caula yang perlahan-lahan memakan isi otak manusia, menyebabkan putus saraf dan membantutkan pergerakan neuron. Kajian ini adalah hasil daripada pengamatan seorang pesakit yang terkena serangan mati mengejut pada bulan yang lalu. Dr Achmadi mendapati penyakit ini juga tular pada masyarakat kurang bijak yang masih nak makan telur penyu, sebab tu dia menulis artikel ini dengan nama-nama kuman dan virus rekaannya. Juga kerana dia tahu masyarakat akan mudah percaya jika ada tulis nama pusat pengajian dari luar negara dan beberapa ayat retorikal seperti kajian saintis mendapati dan sebagainya. Semoga kaedah Dr Achmadi Erfanov Razibsson ini menjadi untuk menghalang masyarakat yang kurang bijak daripada memakan benda pelik-pelik terutamanya hidupan laut yang dah nak pupus. Tahniah, nampaknya anda rajin dan teliti dalam membaca sampai sini. Kajian seterusnya mendapati kuman caplaotac caula ini telah ada di dalam otak orang-orang tempatan. Kes ini merupakan penularan terbaru.

Penyakit misteri

Sebuah lagi kajian daripada Medical Academy of Borat, Kazakhstan mengeluarkan laporan semasa tentang kes-kes yang berkaitan dengan telur penyu mencatatkan rekod kematian yang tinggi kerana penyakit misteri yang masih lagi dalam usul periksa.

Oleh itu, semoga perkongsian ini bermanfaat dan marilah kita sebarkan kesedaran kesihatan untuk masyarakat tempatan. Berhentilah memakan telur penyu agar spesis terancam ini tidak pupus pada masa hadapan.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.