Lelaki Bersikap Ego Dalam Percintaan. Apa Yang Mereka Inginkan?


Kalau sebut sahaja mengenai ego, pastinya individu yang seringkali terpalit dengan sikap ini adalah insan yang bergelar lelaki. Ego atau dari pengertiannya yang bermaksud keras kepala serta merasa diri sentiasa betul. Ia adalah sangat sinonim dengan jantina lelaki.

Pastinya ada sebab mengapa mereka mempunyai ego setinggi langit bukan? Mengapa ego lelaki setinggi langit? Dari pemerhatian, ada beberapa sebab mengapa lelaki mempertahankan ego mereka yang tinggi itu.

Aku lah ketua keluarga

Sejak dari zaman permulaan manusia lagi, lelaki diciptakan sebagai seorang pemimpin. Sifat pemimpin ini menjadikan mereka merasa berkuasa ke atas orang bawahannya yang dianggap lebih lemah. Oleh kerana keputusan berada di tangannya, mereka terdorong untuk menggunakan kuasa veto dan mengenepikan pandangan orang lain walaupun tindakannya adalah salah.

Maruah tercalar

Lelaki merasakan kalau mereka merendahkan ego, atau mengikut arahan wanita, maruah mereka seolah-olah jatuh dan dipijak oleh wanita. Jadi, untuk mengelakkan perasan jatuh maruah tersebut, mereka bertindak mengangkat ego mereka setinggi langit dan merasa senang dengan keadaan tersebut.

Nampak gagah

Sebenarnya lelaki juga diciptakan dengan hati dan perasaan yang lembut dan sensitif di dalam. Namun, manalah kelihatan macho kalau mereka menunjukkan sifat tersebut, Mereka menganggap sihat seperti lemah lembut dan juga sensitif tidak harus ditonjolkan bagi seorang lelaki. Tak nak nampak lemah di mata wanita. Jadi untuk menutupinya, mereka menggunakan keperibadian luaran yang ego dan kasar.

Sentiasa nak menang

Kalau diikutkan, sifat tidak mahu mengalah adalah satu sifat yang positif. Namun, ia juga mampu menjadikan ego seorang lelaki itu tinggi melangit. Apabila merasakan pandangan mereka selalu saja betul, mereka cenderung untuk menganggap seorang isteri atau wanita perlu mengikut kata-kata dan pandangan mereka sebagai ketua keluarga walaupun pandangan tersebut kurang bernas dan lemah.

Sifat semulajadi

Ego yang tinggi merupakan sifat semula jadi seorang lelaki sebenarnya. Kalau wanita itu diciptakan dengan emosi yang lemah dan goyah, tugas seorang lelakilah untuk menguatkan dirinya dan melengkapi sesebuah perhubungan. Kalau dua-dua pihak mempunyai hati tisu, tidak lengkaplah hubungan tersebut.

Ingin dipatuhi

Lelaki mempamerkan ego mereka sebagai amaran kepada wanita bahawa mereka perlu dipatuhi. Mereka tidak mahu wanita memandang enteng kata-kata dan pandangan mereka. Justeru lelaki selalu menggunakan kuasa veto mereka di dalam perhubungan dan kelihatan egois bila berlaku pertelingkahan.

Jangan tegur aku

Kebanyakan lelaki juga tidak mudah menerima kritikan dan teguran, terutamanya daripada kaum wanita. Mereka merasakan diri mereka sentiasa betul. Sifat keras kepala ini menjadikan ego lelaki itu lebih meninggi dan sukar di ajak berbincang.

Tidak semua ego buruk

Sebenarnya, bukan semua ego lelaki ditunjukkan secara negatif. Ia juga berfungsi untuk melindungi keluarga dan wanita yang disayanginya. Walaupun tidak menunjukkan persetujuan, mereka mungkin akan membuat perubahan kecil terhadap kritikan atau nasihat yang diterima. Yang perlu dielak ialah ego tidak bertempat dan berperangai macam budak-budak, walaupun terhadap perkara yang remeh. Lelaki yang matang mampu memikirkan hal yang relevan secara berhemah dan tenang.

Oleh itu, harungilah perhubungan dengan berlandaskan hukum agama supaya kita dapat membuat keputusan yang ideal untuk rumah tangga bahagia. Walau apa pun, tugas seorang wanita lah untuk menangani dan melembutkan ego lelaki. Lelaki mudah mendengar jika wanita menggunakan kelembutan dalama bertutur.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.