Lelaki Nakal Lebih Disukai Wanita, Ini Mungkin 6 Sebabnya

lelaki nakal lebih disukai wanita

Entah kenapa perempuan lebih tertarik akan lelaki yang suka mengabaikan mereka dan menyukai lelaki yang tidak tahu menghormati dan menyayangi.

Walaupun kebanyakan perempuan pastinya ingin berkahwin dengan lelaki yang baik dan bertanggungjawab namun atas sebab tertentu mereka lebih memelih dengan yang tidak tahu menjaga hati. 

Dilaporkan dari Bright Side mengatakan bahawa, perempuan cenderung menyukai lelaki yang nakal kerana alasan berikut:

Keyakinan
Seseorang tidak akan menarik jika mempunyai keyakinan yang rendah, itulah sebabnya mengapa lelaki nakal lebih menarik daripada lelaki yang lain kerana mereka mempunyai keyakinan yang tinggi. 

Hormon Wanita
Wanita cenderung mengikuti perasaan dan mood mereka, terutamanya semasa haid, mereka cenderung menginginkan ciri suami yang terbaik.

Apabila melihat lelaki nakal, mereka kelihatan tampan, berkarisma dan memberontak. Itulah yang menyebabkan perempuan tertarik dengan lelaki nakal.

Lebih menarik
Lelaki nakal ini menyakitkan, tetapi meerka sangat pandai melayan perempuan dengan baik sehingga membuatkan perempuan mudah tersentuh hati. Dengan itu perempuan akan mudah rasa selesa dan merasa ingin lebih mengenali tentang mereka. 

Merangsang Adrenalin
Biasanya lelaki nakal mereka suka akan kebebasan, pengembaraan dan keseronokan dalam kehidupan. Sementara perempuan menganggap lelaki seperti itu menepati ciri yang mereka inginkan.

Rasa Terlindung
Semua wanita mahukan lelaki yang dapat melindungi mereka. Wanita akan merasa selesa jika bersama dengan seseorang yang dapat melindungi mereka. 

Rasa Lebih Bebas
Menurut pakar Psikologi Robyn McKay,  beliau menyatakan bahawa wanita yang mempunyai sisi pemberontak yang tersembunyi akan mudah jatuh cinta pada seorang lelaki nakal kerana lelaki seperti itu akan memberinya kebebasan.

Terutama jika wanita itu mempunyai sifat nakal sejak kecil dan merasa tertekan sehingga bertindak dengan membuang sisi yang memberontak.