Malaysia Mencatatkan Kes Terendah Pada 1 July


Seperti yang kita maklum. Seluruh dunia sekarang dilanda wabak COVID-19. Pandemik ini yang mendatangkan kerisauan kepada semua orang di seluruh dunia sehingga menyebabkan ekonomi banyak negara yang lumpuh.

Kes baharu COVID-19 di Amerika Syarikat semalam mencatatkan  46,185 kes dalam tempoh 24 jam. Brazil pula mencatatkan sebanyak 37,997 kes baharu dan India merekodkan 18,641 kes sehari. Secara keseluruhannya, Kes baharu dunia pada 1 Julai adalah tertinggi pernah direkodkan setakat ini iaitu kira-kira 196,000. Amerika Syarikat dan Brazil juga merekodkan jumlah kes dan kematian tertinggi di dunia.

Pada hari yang sama, Malaysia mencatatkan kes terendah pernah direkodkan iaitu satu kes baharu dan sifar kes tempatan.

Mengambil kira perkembangan semasa di seluruh dunia dan amaran yang telah diberikan oleh WHO, KKM menyeru orang ramai agar tidak alpa dengan penurunan kes di negara kita. Kes boleh kembali meningkat jika kita leka. Jadi, terus patuhi SOP dan amalkan langkah-langkah pencegahan setiap masa di mana jua kita berada.

Alhamdulillah dengan usaha dan inisiatif kerajaan dengan sokongan padu rakyat Malaysia dalam sama-sama bekerjasama menangani isu COVID-19 ini melalui SOP pemulihan PKP, PKPB dan PKPP telah menunjukkan hasil yang positif. Syabas dan tahniah diucapkan buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berusaha menangani wabak Covid19 ini. Syukur.

Sumber: KKM