Elak Dari Berkawan Dengan Orang Macam Ni. Bertindak Sebelum Terlambat.


Masalah bila tergolong dalam circle firends yang selalu membuatkan kita berasa tak senang hati. Kata orang, biarlah ada sikit kawan tapi yang berkualiti berbanding ada kawan yang ramai tetapi tak function.

Pening kepala bila difikirkan dapat kawan yang hanya merunsingkan kepala. Zaman sekarang ramai dikalangan orang yang bersikap toksik dan jumlahnya semakin bertambah tanpa kita sedar. Adakah sikap kawan seperti ini ada dalam circle friends anda?

Menjadikan anda sebagai tempat melepaskan emosi marah.
Masing-masing mempunyai sikap dan personaliti tersendiri yang cuba ditonjolkan ketika sedang emosi. Tetapi tidak semestinya apabila marah kita harus melepaskan atau menzahirkan perasaan amarah tersebut kepada kawan atau kepada orang yang tidak berkaitan.

Tanpa kita sedar cara tersebut akan membuatkan kawan kita pula berkecil hati atau tidak selesa. Perkara ini akan membuatkan hubungan persahabatan itu menjadi tegang. Akibatnya, kawan kita akan menghindarkan diri daripada bertemu dan berjumpa selalu kerana tidak mahu stress kepala mendengar rungutan yang kerap.

Kawan yang tak support each other
Bila kita menceritakan tentang masalah yang sedang menimpa, bukannya bertujuan untuk meminta simpati atau mengharapkan bantuan tetapi hanya sekadar ingin mereka jadi pendengar yang baik agar dapat meringankan beban perasaan yang dipikul. Namun lain pula yang berlaku apabila sudah meluahkan, mereka seperti tidak mengendahkan atau kata lain macam tak ambil port dengan situasi yang berlaku atau lebih parah lagi apabila kita pula dipersalahkan atas isu yang dihadapi.

Tidak semua orang mudah untuk menerima kritikan dengan hati yang terbuka, mereka memerlukan sokongan dari kawan-kawan sebelum membuat suatu keputusan.

Pasti stress kan bila berkawan dengan orang yang sering menyalahkan diri kita tanpa melihat kebaikan yang kita lakukan kan?

Kawan yang selalu tak endah atau ignore kita
Buat apalah berkawan jika lebih suka melakukan sesuatu perkara bersendirian. Buat apa juga berkawan kalau kita sering diabaikan dan dipinggirkan untuk ikut serta dalam sebarang perkara yang dirancang atau dilakukan.

Sikap yang selalu ignore kita pada akhirnya akan menyebabkan hubungan persahabatan tersebut semakin renggang. Perkara seperti ini akan menyebabkan kita berasa janggal dan tawar hati untuk terus berkawan.

Bukanlah kita ni gilakan perhatian daripada kawan, tetapi cukuplah sekadar tidak mengabaikan dan menganggap kita orang penting dalam hidupnya.

Kawan yang selalu mengungkit kebaikan yang dilakukan
Kita bersyukur jika dikalangan cirle kita ramai kawan yang ringan tulang saling bantu-membantu, satu perkara yang baik dan sihat dalam berkumpulan. Tetapi apa yang menjadikan masalah apabila mereka sering mengungkit setiap apa kebaikan yang telah dilakukan untuk dijadikan alasan bila berlakunya salah faham. Perkara seperti ini yang kita tidak gemar kerana perbuatan tersebut akan membuatkan kita rasa serba salah dan akhirnya mengalah.

Kawan yang suka control kehidupan kita
Kawan yang selalu memberi nasihat atau cadangan berkenaan perkara yang kita harus lakukan ialah kawan yang baik. Tatapi bagaimana pula jika kawan kita itu jenis yang suka control segalanya untuk kita?. Mereka tidak dapat membezakan di antara sikap ambil berat dengan sikap mengongkong. Sudah pastinya kita akan berasa rimas dengan keadaan seperti ini. Sikap mereka melayan kita seperti budak kecil yang tak reti membuat keputusan sendiri.

Perlu diingatkan bahawa sebagai kawan kita tiada hak untuk control dan menentukan kehidupan orang lain walau rapat macam mana pun. Jangan memaksa atau menghasut mereka untuk mengikut cadangan kita, perbuatan ini sangatlah buruk dan akan menjejaskan hubungan persahabatan.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bijak memilih circle friends supaya hidup anda tidak dihimpit tekanan. Biar sikit kawan janji ada kawan yang berkualiti dari ramai kawan tapi hanya memberi tekanan hidup.