Masih Mengulangi Kesilapan Yang Sama Dalam Membuat Pilihan Hidup. Ramai Lalui Situasi Ini


Kadang kita kerap menganggap diri kita lemah dan teruk kerana selalu mengalami masalah dan kerap melakukan kesilapan yang sama dalam hidup. Walaupun kita tahu pilihan tersebut hanya memberi kesan buruk pada diri kita, namun kita masih memilihnya.

Sama ada ia berlaku dalam situasi kita sedar atau pun sebaliknya. Pernah anda lalui situasi begini?

Pasangan hidup

Setiap orang mengimpikan kehadiran orang yang terbaik yang menjadi pasangan hidupnya. Seorang yang mampu memberi perhatian dan mencurahkan kasih sayang dan tidak meninggalkan kita di saat kita lemah dan memerlukan bantuan. Namun tidak semua yang kita inginkan dan harapkan mampu dicapai, kerana sikap manusia akan berubah dan tidak sama seperti saat mula perkenalan. Jika anda melalui situasi ini dan cuba mempertahankan si dia untuk tidak pergi oleh kerana perasaan cinta dan sayang yang kuat tidak membuahkan hasil dan hanya mendatangkan rasa kecewa dan hampa. Ini adalah tanda bahawa anda tersilap dalam membuat keputusan dan pilihan. Usah menunggu terlalu lama untuk bertahan. Pilih untuk move on dan mencari haluan hidup anda dengan pasangan yang baru.

Kerjaya

Dalam situasi bekerja pasti ada di antara rakan kerja anda atau anda sendiri yang mengadu tentang masalah dan isu dalaman syarikat. Contoh seperti syarikat kedekut nak beri kenaikan gaji, masalah dengan waktu rehat atau cuti yang tidak mencukupi, masalah dengan kerja yang terlalu padat atau masalah dengan suasana dalam komuniti bekerja. Banyak keluhan yang diluahkan sehingga memberi kesan buruk pada kehidupan seharian. Mereka sedar tentang situasi yang mereka hadapi, bukan tidak mahu mencari dan bekerja di syarikat yang lain, tetapi mereka risau jika pilihan dan keputusan yang mereka buat adalah salah dan memberi kesan yang lebih buruk untuk masa hadapan. Jadi mereka memilih untuk terus bertahan dalam syarikat tersebut dan berharap semoga apa yang mereka inginkan akan tertunai di masa hadapan. Ini yang dikatakan sebagai pilihan yang salah. Jangan meletakkan harapan anda pada sesuatu hal yang tidak pasti kerana ia hanya akan mendatangkan kekecewaan.

Kebahagiaan

Secara umumnya bila kita bercakap soal kebahagiaan, pasti tidak lari dan sering dikaitkan dengan kekayaan, wang mampu mendatangkan kebahagiaan dalam hidup, dengan wang kita mampu meningkatkan taraf dan kenikmatan dalam kehidupan, dengan wang kita merasa bahawa semua orang akan suka untuk berkawan dengan kita. Namun jika kita lihat dari sudut pandang luar kotak, kebahagiaan hidup bukan diukur pada jumlah kekayaan yang kita miliki. Ramai orang-orang kaya yang memiliki wang dan aset yang banyak, namun masih merungut dan terlibat dengan banyak masalah yang lain. Jika kita mempunyai wang kekayaan jutaan ringgit pun namun hidup kita di dunia ini masih keseorang, rasa kebahagiaan itu akan hilang dan lenyap. Apa yang kita dahagakan sebenarnya perhatian dan kasih sayang dari orang sekeliling kita. Keluarga, sahabat, pasangan hidup dan lain-lain. Mereka lah yang membuatkan kita terus bersemangat dan boleh menikmati hidup ini dengan baik.

Oleh itu, usah ulangi kesilapan yang sama dalam memilih cara kehidupan anda. Setiap keputusan yang anda buat akan menentukan masa hadapan anda. Buat pilihan yang baik, jangan hanya ikutkan kehendak emosi dan nafsu semata-mata. Semoga anda bejaya di dunia dan akhirat dan tenang lalui liku-liku kehidupan.

Jika tak keberatan, anda boleh bookmark website Nakbebel untuk membaca artikel-artikel menarik yang akan kami kongsikan.