Mata Di Antara Organ Yang Sangat Penting, Ini Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata.


Mata merupakan organ yang telah terbentuk untuk mengesan cahaya. Fungsi yang paling ringkas mengesan sama ada keadaan sekeliling terang atau gelap. Mata yang lebih rumit berfungsi untuk memberikan deria penglihatan.

Faktor Yang Menyebabkan Kerosakan Mata

1. Merokok

Rokok mengandungi bahan kimia atau toksik yang tinggi. Ia mampu merosakkan sensitiviti pada retina dan menyebabkan sel-sel pada retina mati. Hal ini akan menyebabkan kerosakan mata.

2. Sinaran Matahari

Sinaran ultra violet dari cahaya matahari amat merbahaya kepada mata. Sinarannya yang menyengat mampu membakar kornea, merosakkan lensa mata dan retina.Selain itu, dedahan berlebihan kepada sinaran UV mampu meningkatkan risiko katarak.

3. Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah yang tinggi mampu merosakkan pembuluh darah pada retina iaitu kawasan belakang mata yang berfungsi untuk memfokuskan gambar. Penyakit mata akibat tekanan darah tinggi ini dikenali sebagai Retinopati Hipertensi.

4. Kencing manis atau diabetis

Pesakit diabetis mempunyai risiko mengalami masalah penglihatan yang dikenali sebagai glukoma. Keadaan ini juga disebut sebagai retinopati diabetis iaitu berlaku kerosakan teruk pada retina. Glukoma merupakan faktor utama menyebabkan penglihatan menjadi kabur atau buta.

5. Diet yang tidak sihat

Pengambilan makanan segera bukan mampu membawa risiko kerosakan mata, malah mampu menjejaskan kesihatan tubuh keseluruhannya. Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan buta, rabun malam dan mata mongering. Selain itu, kekurangan vitamin B12 juga menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

6. Penggunaan Komputer

Penggunaan computer yang terlalu lama sebenarnya membuatkan urat mata menjadi tegang, keletihan, iritasi dan kurang kepekaan kepada cahaya. Tekanan berlebihan membuatkan otot-otot sekitar mata juga menjadi rosak.