Mengapa Anak Kucing dari Satu Ibu Mempunyai Warna Bulu Yang Berbeza? Ini Sebabnya


Anak-anak kucing yang dilahirkan dari ibu yang sama boleh mempunyai warna bulu yang berbeza-beza.  Kucing yang nampak seperti kucing Siam mungkin berasal dari ibu yang sama dengan Calico, Tabby, dan Orange Stripes.

Setiap kucing mempunyai warna asas dan corak tersendiri. Apapun warna yang ada pada anak kucing, ianya bergantung pada jenis bulu ibu bapa anak kucing itu.

Jika ibu dan ayah berwarna hitam, biasanya anak akan mempunyai bulu warna hitam.



Ibu dan ayah berwarna oren biasanya akan mempunyai anak berwarna oren.



Jika ibu berwarna oren dan ayah berwarna hitam, kemungkinan besar akan menghasilkan anak kucing jantan berwarna oren dan anak kucing betina berwarna tortoise shell.



Ibu berwarna tortoise shell dan ayah berwarna hitam akan menghasilkan anak kucing jantan berwarna oren atau hitam, dan anak kucing betina berwarna hitam atau tortoise shell.



Jika ibu berwarna tortoise shell dan ayah berwarna oren, campuran ini akan menghasilkan anak kucing jantan berwarna oren atau hitam, dan anak kucing betina berwarna oren atau tortoise shell.



Kucing betina lahir berwarna oren adalah sangat jarang berlaku, dan warna tortoise shell atau calicos pada kucing jantana adalah mustahil untuk terjadi.

Mungkin anda tertanya, bagaimana pula dengan kucing berwarna Putih, Separa Putih, Abu, Perak, Warna Cair, Colorpoint, Coklat, Cinnamon dan yang lain-lain ni? Kucing-kucing ini juga sama seperti kucing-kucing yang disebut diatas. Ianya mempunyai gen masing-masing untuk melahirkan anak kucing berwarna unik ini.