Merancang Nak Bawa Kucing Anda Jalan-Jalan, Ini 5 Tip Perjalanan Kereta Bersama Kucing Anda


Merancang nak bawa kucing anda jalan-jalan atau nak bawa pulang ke kampung? Tahukah anda perjalanan dalam kereta bersama kucing anda boleh jadi satu pengalaman ikatan yang hebat?

Anda tidak lagi perlu mencari penjaga kucing dan kucing anda tidak akan merindui anda kerana mereka sentiasa ada bersama. Walaubagaimana hebatnya pengalaman ini, pentingnya untuk bersedia.

Ini adalah 5 tips yang dapat membantu anda dan kucing anda untuk bersama-sama merasai perjalanan dalam kereta yang selamat dan seronok!

1. Membiasakan kucing dengan kereta anda

Mulakan dengan membawa kucing anda masuk ke dalam kereta sebelum rancangan perjalanan anda. Duduk di kerusi belakang bersama-sama dan bawa bersama beberapa treats dan snek untuk kucing anda kemudian belai dan memberus mereka.

Beri peluang untuk kucing anda menghidu dan meneroka seluruh kereta. Kemudia bawa carrier mereka dan letakkan di mana yang ingin anda letak semasa dalam perjalanan.

Mainkan muzik yang menenangkan. Mungkin membawa kucing anda berjalan-jalan di sekitar, bawa kereta dengan perlahan dan cermat supaya kucing anda membiasakan diri dengan pergerakan jadi anda boleh melihat bagaimana respon kucing anda apabila berada di dalam kereta.

2. Berbincang dengan veterinar

Jika kucing anda tidak merespon dengan bagus dengan cubaan pemanduan anda, anda boleh berbincang dengan veterinar anda mengenai rawatan untuk kegelisahan atau motion sickness.

Veterinar anda mungkin ada beberapa pilihan yang dapat membantu menenangkan kucing anda sepanjang perjalanan.

3. Bagi makanan dan minuman sebelum perjalanan bermula.

Berikan makan dan air kepada kucing anda sebelum memulakan perjalanan. Beri masa kucing membuang najis dan kencing selepas makan dan minum.

Jika kucing anda mudah mengalami motion sickness, berikan hanya sedikit kuantiti makanan.

Jika kucing anda mudah menjadi sakit di dalam kereta, lebih baik puasakan kucing anda 8 jam sebelum memulakan perjalanan. Anda juga mungkin mahu berbincang dengan veterinar anda.

4. Pastikan kucing sentiasa berada di dalam carrier

Tidak selamat sekiranya anda membiarkan kucing anda bebas bergerak di dalam kereta. Kucing anda mungkin duduk di bawah pedal dan menyukarkan pemanduan anda.

Carrier memberikan ruang yang selamat, sunyi untuk kucing anda yang dapat membantu kegelisahan yang mungkin kucing anda alami.

5. Bersedia untuk segala huru hara

Sentiasa bersedia dengan tuala serta lapik khas untuk membersihkan ‘kemalangan’ kencing dan najis yang akan berlaku. Pastikan juga anda membawa beberapa plastik sampah.