Mindset yang Salah, Jadi Punca Kemiskinan Kita


Tiada seorang pun nakkan hidup dalam kemiskinan dan susah, sebaliknya kita akan selalu mahukan perkara terbaik dalam hidup kita. Sekiranya kita tidak dapat menjadi kaya sekurang-kurangnya kita dapat hidup sederhana dan bahagia, tetapi kenyataannya kadang kala terbalik dengan yang kita harapkan.
Menjadi kaya dan bahagia bukanlah sesuatu yang tiba-tiba. Segalanya bermula dari titik peluh hasil kerja keras dan usaha seseorang. Jika anda merasakan bahawa hidup itu sukar, cuba periksa semula perkara yang sering kita gunakan sebagai penanda aras untuk berfikir. Mungkin ada yang tidak kena dengan pemikiran itu.

Pasrah Hidup Dalam Kesusahan Kerana Tidak Dilahirkan Dari Keluarga yang Kaya

Mindset seperti ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana ianya tidak masuk akal. Sama ada seseorang itu kaya atau tidak bukanlah ditentukan oleh keluarganya. Kita tidak tahu bagaimana ayah, datuk atau neneknya berjuang untuk menjadi kaya. Semuanya bermula dari kosong. Jika anda dilahirkan miskin itu bukanlah salah anda, tetapi jika anda mati dalam keadaan miskin itu adalah salah anda.

Merendahkan Diri Sendiri Dengan Memikirkan Diri Tiada Potensi Untuk Menjadi Kaya

Rasa rendah dengan keupayaan yang kita ada, dengan selalu menganggap bahawa kita bukan orang berilmu. Macam mana nak kaya dengan mindset macam ni? Kita harus tahu bahawa seseorang yang mempunyai tahap pengetahuan tinggi tidak selalunya lebih kaya, berbanding dengan orang yang mempunyai pengetahuan pada level biasa-biasa. Ini bermaksud untuk menjadi kaya tidak harus tahu segalanya, hanya perlu memanfaatkan semua peluang dan masa yang kita miliki sebagai kunci kejayaan.

Tidak Mahu Belajar Perkara Baru yang Dapat Mengembangkan Kemampuan Diri

Sekiranya selama ini kita berfikir bahawa kita cukup pandai dan penuh dengan ilmu sehingga kita tidak perlu lagi belajar atau belajar dari orang lain, anda salah. Ilmu ini cukup luas, terlalu banyak yang perlu dipelajari. Jika kita benar-benar ingin menjadi kaya, buanglah mindset ini dengan segera kerana mereka yang kaya dan berjaya biasanya tidak akan malu untuk terus mengembangkan kemampuan dan kepandaian mereka.

Takut Akan Kegagalan dan Berkawan Dengan Orang yang Salah

Jangan pernah takut gagal ketika memulakan sesuatu. Jadikan semua kegagalan yang kita alami sebagai pengajaran untuk menjadi lebih baik. Selain itu, jalinkan hubungan dengan orang yang baik untuk diri sendiri. Berada di persekitaran yang salah akan mempengaruhi kejayaan kita sendiri. Cuba bergaul dengan mereka yang sudah berjaya, anda akan banyak belajar perkara baru dari mereka.

Tidak Bersyukur dengan PemberianNya

Sekaya mana pun kita, ianya tiada erti dan akan tetap terasa kurang jika kita tidak reti untuk bersyukur. Segala usaha dan kerja keras kita akan bergerak dengan lancar sekiranya kita tidak lupa mendekatkan diri denganNya.