Nak Kurus Tapi Selalu Rasa Penat Nak Tidur? Ini Cara Mudah Membakar Kalori Semasa Tidur


Tidur yang berkualiti memainkan peranan penting dalam kesihatan kita. Tidur dapat mengurangkan tekanan, meminimumkan risiko penyakit tertentu, dan dapat menjadikan badan terasa lebih segar secara keseluruhan. Tetapi tahukah anda bahawa semasa tidur, kita juga dapat membakar kalori? Tetapi ada cara tertentu yang perlu dibuat. Nak tahu caranya? Teruskan membaca artikel ini.

Tidur Dengan Nyenyak

Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti sebenarnya dapat menaikkan berat badan anda. ini berlaku kerana penghasilan hormon ghrelin (yang buat anda terasa lapar) tidak dapat dilakukan secara optimum. Dan apabila anda bangun, anda akan berasa lapar. Itulah sebabnya jika anda ingin menurunkan berat badan, alert dengan kualiti tidur anda. 

Elakkan Makan Banyak Sebelum Tidur

Makan sebelum tidur dapat menambahkan lemak badan. Kalori yang masuk akan terus disimpan, tidak dihancurkan terlebih dahulu kerana semasa tidur badan kita tidak aktif. Ianya juga membuatkan kita terasa susah untuk tidur. Ini berlaku kerana organ pencernaan sangat sibuk mencerna makanan yang masuk. Semakin lambat anda tidur, semakin tinggi potensi untuk merasa lapar ketika bangun tidur.

Tidur di Persekitaran yang Sejuk

Tahukah anda bahawa suhu bilik juga menjadi faktor dalam membakar kalori ketika tidur? Pelik, tetapi kedua-duanya mempunyai kaitan. Orang yang tidur dalam suhu kurang dari 18 darjah celcius selama sebulan akan mempunyai brown fat sebanyak 42 peratus lebih banyak daripada orang yang tidur di persekitaran panas. Brown fat adalah lemak yang bertanggungjawab untuk mengawal suhu badan dan membakar lemak buruk di dalam perut.

Matikan Semua Peralatan Elektronik yang Menghasilkan Cahaya

Cahaya biru yang dipancarkan oleh peralatan elektronik akan menekan pengeluaran hormon melatonin. Kajian mengatakan bahawa ini akan membuat anda sukar untuk tidur dan melambatkan proses metabolik. Ianya juga dapat meningkatkan risiko untuk berat badan naik.

Tidur Dalam Keadaan yang Gelap

Cahaya dapat mengurangkan pengeluaran brown fat yang berperanan membakar lemak dan kalori. Selain itu, cahaya juga menekan pengeluaran melatonin, hormon yang berguna untuk meningkatkan metabolisme badan. Jika anda seorang yang takutkan gelap, cuba ganti lampu bilik dengan cahaya yang redup. Dengan itu, bilik tidaklah gelap sepenuhnya.