Nanti Bila Dalam Syurga, Tolong Tanya Pasal Saya

bila dalam syurga tolong tanya saya, syurga

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sementara dan yang pasti kehidupan di akhirat kelak berkekalan sehingga bila-bila. 

Kadang-kala kita alpa akan hidup duniawi sehingga terlupa akan bekal amalan sama ada cukup atau tidak buat akhirat kelak. 

Seorang pengguna twitter bernama @tumbukrusuk telah berkongsikan sekeping nota bertajukkan "If you don't find me in Jannah, Ask about me" yang jika diterjemahkan bermaksud jika kalian tak nampak saya di syurga, tolong tanya tentang saya. 

Perkongsian beliau mendapat perhatian orang ramai dan rata-ratanya berkongsi minat yang sama akan peringatan ini. 
Dalam nota tersebut, tertulis kata-kata menyentuh hati dengan mesej supaya kita cari rakan-rakan yang membawa kepada kebaikan supaya suatu hari mereka mampu untuk membantu kita di akhirat kelak.

Antara kata-kata yang setelah diterjemahkan tertulis,

"Tentunya ahli-ahli Syurga ketika mereka masuk dan mereka tidak menemui sahabat mereka yang bersamanya di dunia, mereka akan campur tangan bagi pihak rakan mereka di hadapan Allah dan berkata, 

'Ya Allah, Kami mempunyai saudara dan saudari yang biasa menunaikan solat dan puasa bersama kami. Kami tidak melihat mereka' 

Allah (SWT) akan berkata, 

'Pergi ke neraka dan keluarkan mana-mana orang yang mempunyai iman walaupun sekecil atom.' "

Tak ada kawan yang bawa kebaikan jadilah salah seorang darinya


Risau kita sendiri tak teringat untuk mencari

sumber: @tumbukrusuk